Rabu, 26 Ogos 2015

Anak kini

Perkongsian dari seorg guru / pembentang semasa "Seminar Pendidikan Antarabangsa" yg baru berlangsung di SACC Shah Alam pd 22.8.2015.

ANAK KITA SEDANG TENAT!

Sejak kebelakangan ini, banyak kes melibatkan pelajar seperti DADAH, ZINA SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK,- VAPER DAN SHISHA STICK berleluasa dari sekolah harian hingga sekolah yang berasrama, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Kita telah digegarkan dengan kes pada baru-baru ini murid tahun 5 bersalin anak tidak sama taraf seramai 2 orang. Itu yang kita ketahui tetapi yang lain? Juga ada kes pelajar menengah bersalin di tandas dan di asrama. Itu kes yang dilaporkan yang kita tahu tetapi yang tidak dilapor bagaimana?

Gara-gara kecanggihan teknologi dan dasar keperluan, anak-anak kita diberi atau mereka sendiri yang membeli telefon pintar dengan tujuan asalnya untuk menghubungi keluarga jika ada keperluan tetapi telah disalah gunakan secara berleluasa. TAHUKAH ANDA IBU BAPA? Kebanyakan kes rampasan telefon pelajar di sekolah mendapati majortiti mereka memiliki bahan lucah didalam telefon tersebut. Ada kes ibu bapa berang kepada pihak sekolah atau pengurusan asrama apabila anak mereka tidak dibenarkan membawa telefon tetapi kemudian ibu bapa tersebut menyesal apabila anak mereka ditangkap berzina di   tandas sekolah. Hasil siasatan mendapati telefon digunakan untuk berhubung bagi mendapat "green light" untuk melakukan zina tersebut. Lebih parah lagi apabila rampasan telefon anak mereka dan dilihat sendiri oleh ibu bapa pelajar tersebut terdapat kandungan lucah yang mana gambar bogel anak mereka di utus kepada pasangan kekasihnya melalui whatsap.

Juga ada kes pelajar asrama yang menipu ibu bapa kononnya apabila musim balik kampung pergi rumah rakan kelas tetapi pergi tidur bersama kekasih di hotel atau rumah sewa kekasih mereka. Kepercayaan yang membuta tuli oleh ibu bapa terhadap alasan atau cerita rekaan anak mereka telah membawa padah kerana ada kes rentetan dari itu anak mereka menjadi mangsa rogol atau mengandung anak luar nikah.

ANAK KITA MAKIN PARAH

Dadah kini mudah diperolehi dan didapati. Pengalaman saya masa mengajar di sekolah dahulu pernah menangkap pelajar menjual "pil" kepada rakan kelasnya. Ada juga aduan bapa mengadu anak nya tidak mahu ke asrama atau ke sekolah kerana liciknya rakan sebaya mereka menghisap dadah atau menjual dadah sehingga guru disiplin tak mampu untuk mencari atau menangkap salah laku mereka.

Kini ada kes popular yang menular di sebahagian zon dengan air ketum. Pelajar menjadi ketagih meminum air ketum untuk berkhayal. Dan amat menyedihkan golongan dewasa ada yang tahu kegiatan pelajar tersebut tetapi tidak memainkan peranan mereka untuk mencegah atau menasihati mereka.

Tidak hairan mengapa anak melayu kita ramai di instituai pemulihan dadah berbanding di institusi pengajian tinggi.

ANAK KITA MAKIN SAKIT

Masalah rokok kini kurang popular tetapi kini yang kian popular adalah electronic smoke yang ada pelbagai jenis dipasaran. Tidak terhad dengan pelajar lelaki sahaja bahkan juga pelajar perempuan juga dengan tanpa rasa malu menghisap dan menghembus sambil berselfie serta dimuat turun pula dalam laman sosial.

ANAK KITA TENAT, PARAH DAN SEMAKIN SAKIT....

saya menyeru semua ibu bapa untuk memainkan peranan utama dalam membimbing dan mendidik anak mereka terutama dalam akhlak dan sahsiah. Pendidikan awal adalah dari rumah dan meskipun sudah kita hantar anak kita ke sekolah atau asrama jangan kita merasakan amanah kita itu telah diambil alih oleh guru.

Sekolah atau asrama bukan tempat pemulihan yang mana kita ibu bapa tak mampu nak menangani lalu menempatkan anak kita yang bermasalah kepada guru untuk diprogram jadi insan. Guru dibawah mereka terdapat beratus dan beribu murid untuk dijaga tambahan pula pelbagai tugas lain perlu dilaksana maka bukan mudah nak menumpukan perhatian khusus untuk anak kita sahaja.

Jangan jadikan alasan kerana kesibukan kerja kita untuk mengabaikan tanggungjawap memantau, membimbing dan mendidik anak kita. Itu adalah suatu alasan yang sangat tidak bertanggungjawap sebagai ibu bapa terhadap anak k
ita dan guru kepada anak kita.

Maka saya mencadangkan beberapa perkara kepada ibu bapa supaya tanggungjawap kemenjadian insan d
an kebaikan akhlak anak kita dapat dilaksana.

1. Didik anak kita bermula dari awal dan dari rumah tentang agama dan tuntutannya. Lebih baik yang mengajar adalah bapa yang selaku ketua keluarga

2. Menjalinkan hubungan baik dengan pihak sekolah khususnya guru yang mengajar anak kita. Lebih baik lagi kita ada no telefon mereka untuk kita bertanya berkembangan anak kita.

3. Jangan hanya hadir kesekolah semata-mata untuk ambil duit bantuan persekolahan sahaja dan kemudian terus hilang dan mesyuarat pibg pun tidak hadir serta tidak ambil peduli. Rajinkan diri sebulan sekali ziarah ke sekolah berjumpa dengan guru untuk mengetahui perkembangan anak kita dan berbincang dengan guru apa peranan lain yang boleh kita sebagai ibu bapa boleh lakukan untuk memperkembangkan potensi anak kita.

4. Jadikan anak-anak orang lain seperti anak kita. Peribahasa jangan menjaga tepi kain orang lain adalah tidak releven sekarang. Kita kena ambil peduli untuk menegur anak-anak yang lain dan memaklumkan kepada ibu bapa mereka supaya tindakan awal dapat dilakukan jika anak mereka melakukan salah laku. Juga kita juga jangan cepat melenting jika anak kita sendiri yang ditegur. Nasihat saya, jangan membela anak kita membuta tuli, anak kita ada masa mereka sememangnya pelakon terhebat.... depan kita ada sesetengahnya baik sangat dan pijak semut pun tak mati tetapi belakang kita tanduk naik buat jahat hantu pun kalah.

5. Buat siasatan secara rahsia tentang pegerakan dan aktiviti anak anda. Jangan terus percaya dengan mereka tetapi adakala kita kena pergi lihat sendiri secara rahsia untuk mensahihkan pergerakan atau aktiviti ya g dimaklum oleh anak kita.

6. Berikan sumbangan berupa kemahiran kepada pihak sekolah dengan menawarkan diri untuk terlibat dengan program atau aktiviti sekolah. Biasanya pihak sekolah sangat menghargai apabila adanya penglibatan ibu bapa.

7. Hadkan pemberian yang berbentuk mewah kepada anak kita seperti telefon pintar canggih. Kalau memang perlu untuk berhubung memadai dengan telefon seperti 3310 nokia. Tidak dinafikan komunikasi amat penting tetapi kita sebagai ibu bapa kena lihat pada semua sudut agar potensi masalah dapat dikurangkan ketahap sifar atau minimum. Kalau anak duduk di asrama minta bantuan warden untuk menjaga telefon tersebut dan membenarkan had penggunaan jika perlu sahaja.

JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUJAWAP DAN PERIHATIN TERHADAP ANAK KITA SENDIRI. GURU BUKANLAH INDIVIDU UTAMA DALAM KEMENJADIAN AKHLAK TETAPI KITALAH SEBAGAI IBU BAPA YANG PATUT MEMAINKAN PERANAN UNTUK MEMBENTUK SAHSIAH ANAK KITA

Semoga kita ibu bapa memperoleh kesedaran sebagai warga yang perihatin terhadap anak kita sendiri. Jika kita melaksanakan peranan kita, insya Allah masalah sosial dan salah laku lain pasti dapat kita kawal daripada menular.

Jadilah ibu bapa yang mampu memimpin anak-anak dan bukannya ibu bapa yang diperhambakan oleh anak-anak.

#‎misikebangkitanibubapa

#‎ibubapapelajardansekolah

Selasa, 25 Ogos 2015

Solat, sedikit motivasi


Muhasabah diri kita tentang Solat

��Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya &
tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

��Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu...Allahuakbar.

��Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah...Allahuakbar.

��Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT...Allahuakbar.

��Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi...Allahuakbar.

��Bayangkan ketika "Azan berkumandang,"  Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya...Allahuakbar.

��Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu...Allahuakbar

��Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya...Allahuakbar

��Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku."...Allahuakbar

��Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu."...Allahuakbar

��Bayangkan ketika kau memberi "Salam", Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih...Subhanallah.

��Masya Allah.. sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.
Maka sebarkanlah wahai teman-temanku.
Allahuma, saksikanlah......

Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering lalai & terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita dan sentiasa mengejarnya tanpa alasan.

Khamis, 16 Julai 2015

APA ITU HARI RAYA

APA ITU HARI RAYA?
Pada lughah atau pada bahasa, raya ertinya besar atau utama.
Jalan raya ialah jalan yang besar atau utama.
Pasaraya ialah pasar yang besar.
Bandaraya pula ialah bandar yang besar dan utama.
Begitu juga dengan lebuhraya dan sebagainya.
Oleh itu hari raya bermaksud hari yang besar atau hari yang utama.
Apakah hakikat hari raya yang sebenar sehingga ianya dianggap sebagai hari yang besar?
Kalaulah benar hari raya itu hari yang besar, bagaimana patut kita menyambutnya.
Apakah yang patut kita buat pada hari itu?
Bagaimana patut kita mengisinya?
Hari Raya adalah hari untuk bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan.
Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr.
Eid itu maksudnya mengembalikan.
Fitr itu fitrah.
Jadi Eidil Fitri itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semula jadinya yang suci dan murni.
Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud membersih dan menyucikan fitrah.
Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan dunia.
Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan.
Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya.
Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula.
Puasa itu mampu membersih dan menguatkan fitrah.
Iaitu puasa yang ada lahir dan batinnya.
Puasa yang ada rohnya.
Bukan sahaja kita menahan diri dari makan dan minum dan bersedap-sedap dengan isteri di siang hari; mata kita, telinga kita dan lidah kita pun ditahan dari melihat, mendengar dan berkata perkara-perkara yang mungkar.
Akal kita ditahan dari memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang haram dan jahat.
Hati kita ditahan dari merasakan perkara-perkara yang ditegah seperti marah, hasad dengki, buruk sangka, berdendam dan sebagainya.
Nafsu kita dikekang dan ditahan supaya dia tidak jahat, tidak rakus dan tidak terlalu gilakan dunia.
Di samping puasa, ada banyak lagi amalan-amalan lain di bulan Ramadhan untuk membantu membersihkan lagi fitrah kita.
Setelah kita faham apa sebenarnya erti Eidil Fitri, mungkin kita boleh menyambutnya dengan cara yang lebih tepat dan sesuai.
Hari raya fitrah patut diisi dan dipenuhkan dengan berzikir, bertafakur, bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan.
Ia patut disambut dengan segala kebaikan yang berpunca dan yang didorong oleh hati atau fitrah yang sudah suci dan bersih.
Pada hari raya fitrah, kita patut membantu dan memberi makan fakir miskin.
Merapatkan silaturrahim.
Berziarah dan memberi hadiah.
Bermaaf-maafan. bertolong bantu. berkasih sayang dan sebagainya.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI : Saifudin & Nurlaila sekeluarga...����

Dipetik dari grup Whatsapp

Isnin, 13 Julai 2015

Rehat Sebentar

Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA.

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.

Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini. Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.

Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.
Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.

APA ITU POWER NAP?

Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.

Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hari di jalan raya dan selamat memandu.

INGATLAH: 2 saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.

Dr Muhamad HKL

Dipetik dari grup Whatsapp

Rabu, 8 Julai 2015

4 Perkara Sebelum Tidur

Assalamualaikum semua,ANDAI AJAL DALAM TIDUR...
Duhai suami fahamilah isteri
Duhai isteri fahamilah suami
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Dipetik dari group Whatsapp

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedaqah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya In Sya Allah..

Khamis, 2 Julai 2015

Nuzul AlQuran?

1. Apa makna nuzul al-Qur’an? Bagaimana tingkatan nuzul al-Qur’an itu? Apa yang menjadi hikmah mengapa al-Qur’an diwahyukan secara berangsur-ansur?
Jawaban Global
1.     Makna kata nuzûl pada asalnya bermakna turun, sebagaimana hal ini telah disebutkan di dalam Mufradat, Misbah dan Aqrab. Raghib Isfahani menyebutkan demikian, “al- nuzûl fil ashl: huwa intihatu min ‘ulu.” Iaitu Nuzul pada asalnya bermakna: turun dari tempat yang tinggi.  Tentang hujan disebutkan “Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?"(Qs. Al-Waqi’ah [56]:69)
2.     Tingkatan dan darjat pewahyuan dan nuzul al-Qur’an: Sebagaimana segala sesuatu memiliki empat bentuk jenis wujud. Wujud lisan (lafzi), wujud tulisan (kitabi), wujud mental (dzihn) dan wujud luaran (ain), wahyu juga memiliki empat jenis wujud, iaitu.
a.   Wujud tulisan (kitabi) al-Qur’an yang zahir dan jelas.
b.   Wujud lisan (lafzi), iaitu bacaan oleh pembaca-pembacanya yang merangkumi para maksum a.s. , malaikat sehinggalah masyarakat umum.
c.   Wujud mental (dzihn) dan ilmiah al-Qur’an. Ia terbagi kepada dua bahagian: wujud di Luh Nafs (yang terpapar di lembaran jiwa), dan wujud yang diturunkan dari alam amr (perintah) dengan perintah Tuhan ke atas jiwa Rasulullah Saw. Atau ia merupakan makna-makna ghaib yang mana tatkala dibaca, ia akan yang disampaikan ke hati pembaca
d.   Wujud luaran berbentuk ijmal -umum- ('ain ijmali) al-Qur’an dimana asal al-Qur’an dan hakikatnya adalah bersumber dari Allah Swt.
3.     Hikmah al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur.
Hikmah diturunkannya al-Qur’an secara beransur-ansur dan berasingan adalah supaya ilmu dan amal dapat bergerak seiring dengan -kehendak- al-Qur'an dan manusia juga mempunyai potensi yang sempurna untuk menerimanya. Dengan ungkapan lain; turunnya ayat-ayat suci al-Qur’an secara berangsur-angsur, surah demi surah dan ayat demi ayat, adalah supaya potensi manusia menjadi matang dan sempurna dalam menerima makrifat asli tentang akidah, hukum-hakam yang khas (partikulir), dan praktikal amalinya. Hal ini disesuaikan dengan tuntutan kemaslahatan bagi manusia dimana supaya ilmu tentang Qur’an dapat berjalan seiring dengan amalan terhadapnya (perintah-perintah al-Quran). Dan juga supaya tabiat manusia tidak tercemar dalam menerima makrifat-makrifat dan hukum-hakamnya.
Demikian juga, supaya makrifat-makrifatnya dapat dipahami (secara peringkat demi peringkat) sehingga tidak terjerumus sebagaimana yang telah terjadi ke atas nasib kitab Taurat, yang mana oleh kerana ianya diturunkan sekali sahaja (ke atas kaum Bani Israil), maka kaum Yahudi menolak daripada menerimanya. Sekiranya Tuhan tidak menggantungkan gunung di leher-leher mereka, pasti mereka tidak akan menerimanya.
-     Makna Nuzûl:
Asal makna kata nuzûl adalah turun, sebagaimana hal ini yang telah disebutkan dalam Mufradat, Misbah dan Aqrab. Raghib dalam memaknakan nuzul, berkata, “al-Nuzul fii al-ashl: huwa inhitat min ‘ulu’ (Nuzul pada asalnya bermakna turun dari tempat yang tinggi). Tentang masalah hujan disebutkan, “adakah Kamu yang menurunkannya (hujan) dari awan ataukah Kami yang menurunkan?"(Qs. Al-Waqi’ah [56]:69)[1] dan juga “Isa putra Maryam berdoa, “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit." (Qs. Al-Maidah [5]:114).[2] Demikian juga, "Sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka kitab samawi dan neraca (pemisah yang hak dan yang batil dan hukum yang adil)" (Qs. Al-Hadid [57]:25)[3] "Dia menurunkan untuk kamu lapan ekor binatang ternakan yang berpasangan." (Qs. Al-Zumar [39]:6)[4] “Hai anak cucu Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu” (Qs. Al-A’raf [7]:26)[5]
Kita tahu bahawa besi berada dalam batu-batu, nikmat-nikmat lapan ekor binatang di bumi, pakaian disediakan dari bumi dan rasul berada pada alam kita. Lalu mengapa digunakan faktor “inzal” (turun)  pada ayat-ayat ini? Jawapan semua ini terletak pada ayat “Dan tidak ada sesuatu pun melainkan di sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.” (Qs. Al-Hijr [15]:21)[6]
Pada ayat ini disebutkan bahawa segala sesuatu disebut sebagai inzal (diturunkan). Ini kerana seluruh pengaturan berada di tangan Tuhan dan penyebutan inzal (diturunkan) ini pada segala sesuatu adalah tepat sekali. Demikian juga boleh dikatakan: atom-atom besi yang terpendam di bumi, gas-gas di udara dan sebagainya yang mana semuanya turun dari langit ke bumi. Dan juga: nutfah –benih- semua haiwan turun dari udara, sebagaimana juga mikrob-mikrob turun ke atas daging-daging dan semua jenis keju, dan semua cecair yang turun ke atas jus anggur.
“nuzul” iaitu setiap sesuatu yang telah tersedia bagi tetamu sehinggalah ia diturunkan kepadanya. Sebagaimana hal ini disebutkan dalam Kamus, “hal itu juga disebut sebagai kediaman (manzil). Raghib berkata, “an-nazal” iaitu " ما یعدّ للنّازل من الزّاد "  -mâ yu’iddu linnâzil min az-zâd . Yang bermaksud: setiap apa yang tersedia bagi orang yang tinggal sebagai bekalan. Allah Ta'ala berfirman:  "اِنَّ الَّذِینَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ کانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا". Iaitu: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi kediaman.” (Qs. Al-Kahf [18]:107)[7]. Dan "وَ أَمَّا إِنْ کانَ مِنَ الْمُکَذِّبِینَ الضَّالِّینَ * فَنُزُلٌ مِنْ حَمِیمٍ * وَ تَصْلِیَةُ جَحِیمٍ " iaitu: “Sesungguhnya Kami telah menyediakan air Hamim yang mendidih panas dan neraka Jahanam tempat tinggal bagi orang-orang yang berdusta dan yang sesat.” (Qs. Al-Kahf [18]:102).[8] Dan "إِنَّا أَعْتَدْنا جَهَنَّمَ لِلْکافِرِینَ نُزُلًا " iaitu: "kami menyediakan neraka Jahanam sebagai tempat kediaman bagi orang-orang kafir".
Naz-la bermakna sekali turun. " وَ لَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرى" iaitu: “Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril turun sekali pada waktu yang lain.” (Qs. Al-Najm [53]:13)[9]
Ma-n-zi-l (dengan formula maf’ul) adalah mashdar mimi dan merupakan kata benda objek (isim ma’ful). " وَ قُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِی مُنْزَلًا مُبارَکاً ..". Iaitu: "Dan berdoalah, “Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat." (Qs. Al-Mukminun [23]:29)[10] dan ayat " أَنْ یُمِدَّکُمْ رَبُّکُمْ بِثَلاثَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِکَةِ مُنْزَلِینَ ". Iaitu: “(Ingatlah) ketika kamu mengatakan kepada mukminin, “Apakah tidak cukup bagimu, Allah membantumu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?” (Qs. Ali Imran [3]:124)[11] adalah isim maf’ul (kata benda objek).
Ta-na-zz-al dalam kitab Shihah, Qamus dan Aqrab disebutkan sebagai "nuzul" dengan jarak dan tempoh waktu. " وَ ما تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّیاطِینُ". iaitu: “Dan Al-Qur’an itu bukanlah dibawa turun (secara perlahan-lahan) ol
eh syaitan-syaitan." (Qs. Al-Syua'ra [26]:201)[12]. Dan makna secara perlahan-lahan ini juga boleh difahami dari ayat " اللَّهُ الَّذِی خَلَقَ سَبْعَ سَماواتٍ وَ مِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ یَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَیْنَهُنّ". Iaitu : "Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah senantiasa turun di antara keduanya secara peringkat-peringkat.” (Qs. Al-Thalaq [65]:12)[13]. Kita memahami bahawa nuzul merupakan satu perkara yang bersifat peringkat demi peringkat.
Berkait dengan nuzul-nya al-Qur’an harus dikatakan bahawa sebahagian ayat-ayat menyebutkan ianya bersifat “inzâl” (sekali turun), dan sebahagian ayat-ayat yang lain menyatakan sebagai “tanzil” (turun berperingkat-peringkat). Dan pada sesetengah teks-teks bahasa dapat dikatakan bahawa “tanzil” biasanya digunakan untuk sesuatu yang turun secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Namun “inzâl” memiliki makna yang lebih luas diantaranya turun secara serentak. Perbezaan ini sebagaimana yang telah disebutkan dalam al-Qur’an boleh menunjukkan kepada kedua-dua bentuk penurunan di atas.[14]

2. Peringkat Dan Fasa Penurunan Al-Qur’an
Sebagaimana segala sesuatu memiliki empat dimensi wujud: wujud lisan, wujud tulisan, wujud mental dan wujud luaran. Wahyu juga memiliki empat dimensi wujud tersebut.
a.   Wujud tulisan (kitabi) al-Qur’an yang zahir dan jelas.
b.   Wujud lisan (lafzi), iaitu bacaan oleh pembaca-pembacanya yang merangkumi para maksum a.s. , malaikat sehinggalah masyarakat umum.
c.   Wujud mental (dzihn) dan ilmiah al-Qur’an. Ia terbagi kepada dua bahagian: wujud di Luh Nafs (yang terpapar di lembaran jiwa), dan wujud yang diturunkan dari alam amr (perintah) dengan perintah Tuhan ke atas jiwa Rasulullah Saw sebagaimana dalam firman Allah Swt, “"Ar-Ruh al-Amin (Jibril) telah menurunkannya ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan." (Qs. Al-Syuara [26]:169)[15]. Atau ia merupakan makna-makna ghaib yang mana tatkala dibaca, ia akan yang disampaikan ke hati pembaca. Seperti firman Tuhan, “Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al-Qur’an ini) suatu kitab pun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tanganmu; andai kata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang-orang yang ingin mengingkari(mu)." (Qs. Al-Ankabut [29]:48)[16].
d.   Wujud luaran berbentuk ijmal -umum- ('ain ijmali) al-Qur’an dimana asal al-Qur’an dan hakikatnya adalah bersumber dari keagungan Allah Swt, sebagaimana firmannya, “Alif Lâm Râ, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu." (Qs. Al-Hud [11]:1)[17]. Wujud luaran al-Qur’an ini adalah wajah indah yang sentiasa dekat dengan orang-orang Mukmin di kubur dan ia akan menjelma di akhirat kelak, bertutur dan memberi syafaat.

Banu Isfahani dalam menyanggah dakwaan ini, berkata, “Jangan kamu mengira bahawa pengkhabaran ini berkait tentang masalah syafaat -yang diberikan- al-Qur’an dan …. Ia menceritakan tentang sebuah pepatah kata -sahaja-. Riwayat tersebut harus ditakwil dan diterjemahkan kepada makna batinnya.
Kerana penjelmaan al-Qur’an di setiap marhalah -tingkatan- kewujudan-kewujudan (di alam luar) terjadi dalam bentuk yang jelas yang mana kedudukan alam- alam kewujudan terjadi secara menurun (iaitu alam dunia di bawah alam mistal atau alam barzakh dan alam mistal di bawah alam akal). Dan setiap marhalah yang rendah merupakan simbol dan zuhur dari marhalah atasnya, dan berkembang serta membesar di bawah pancarannya. Dunia kita berkembang di bawah naungan alam atas tersebut.  Dunia adalah merupakan serendah-rendah marhalah-marhalah alam kewujudan dan merupakan alam majaz (Metaphor atau non-hakiki) dan Qasri -zahir-. Dan kewujudan-kewujudan dunia ini hanya satu simbol dan penjelmaan alam atas.
Di atas alam ini terdapat sebuah alam yang berada dalam lintasan Qaus Su'ud –lingkaran menaik- kita, yang merupakan alam barzakh yang berada diantara alam dunia dan alam kiamat. Alam barzakh adalah alam shurat
–form-  dan alam makna. Dan di atasnya, berhubung dengan manusia merupakan alam kiamat yang merupakan alam keseluruhan, alam hakikat dan alam hayat –kehidupan-. Dan di situlah batasan dan penghujung perjalanan manusia. Salah satu nama Kiamat adalah al-Haqqah. Al-Haqqa bermaksud hakikat, realiti dan hari yang mana segala batin dan rahsia setiap sesuatu akan menjadi jelas. "یَوْمَ تُبْلَى السَّرائِرُ ".(Yauma tublâ al-sarâir). iaitu:. Kiamat adalah hari dimana segala rahsia akan menjadi jelas dan terang. Dan juga merupakan alam kehidupan (hayat). " وَ إِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِیَ الْحَیَوانُ لَوْ کانُوا یَعْلَمُونَ ". iaitu:  “Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (Qs. Al-Ankabut [29]:64).[18]
Oleh itu, tidaklah mustahil al-Quran akan berbentuk dengan wajah rohaninya dan wajah yang indah pembacanya di alam kubur kelak yang merupakan alam shurat –form-  dan alam makna.
Hari Kiamat yang juga merupakan alam hakikat, wujud luaran dan realiti al-Qur’an yang turun dari alam hakikat, kemunculannya di alam ini terjadi dalam bentuk huruf dan kalimat, berkata-kata, memberi syafaat dan turut menghina orang-orang yang menghinanya (semasa di dunia).
Oleh kerana alam kiamat adalah merupakan alam keseluruhan dan alam hakikat, maka segala kejadian-kejadian yang berlaku di dunia ini akan muncul di akhirat kelak dalam bentuk hakikat zatnya yang jelas. Contohnya di alam ini (dunia) semua perbuatan-perbuatan dan amalan-amalan manusia terjadi dalam bentuk tindakkan dan pelakuan, namun di alam barzakh ia akan muncul dalam bentuk yang sesuai (dengan kondisi alam barzakh) dan pada hari kiamat pula hakikat zatnya akan menjadi nyata dan jelas serta akan menjadi nyata kesan-kesan zatnya –essential-.
Bukti dari perkara ini adalah ayat-ayat dan riwayat-riwayat yang mana kesemuanya dapat disimpulkan bahawa amalan-amalan manusia di kubur akan terbentuk, jika amalan tersebut amalan yang baik maka ia akan muncul dalam bentuk indah. Dan jika amalan tersebut amalan yang jelik, maka ia akan muncul dalam bentuk yang jelik dan akan menyakiti pelaku perbuatan tersebut sehingga hari Kiamat.
Demikian juga terdapat dalil-dalil aqli –rasional- yang menguatkan apa yang telah dibawa oleh para anbia dan imam-imam maksum as tentang terjadinya peristiwa ini.[19]
Kerana itu, al-Qur’an memiliki realiti dan hakikat yang sebenar yang merupakan wujud luaran dan global. Wujud jenis ini bukan jenis dari kata-kata, kalimat, ayat, mahupun huruf. Dan kemudian hakikat global ini  mencapai tingkatan rincian iaitu memiliki lafaz-lafaz, batasan dan bentuk. Tingkatan rincian ini terdapat dua jenis: Pertama: yang berbentuk sekali turun yang terjadi pada malam lailatul Qadar. Kedua: bentuk yang diturunkan secara beransur-ansur yang terjadi selama 23 tahun di sepanjang zaman risalah kenabian Nabi Saw.
Bagi penjelasan ini, terdapat dua peringkat mengikut ketentuan Ilahi; Pertama: hukum-hakam. Kedua: rincian. Harus diperhatikan bahawa tingkatan muhkam -jelas- (محکم) pada malam Qadar akan bertukar menjadi peringkat tafsil -rincian-, sebagaimana firman-Nya " فیها یُفْرَقُ کُلُّ أَمْرٍ حَکیمٍ". Iaitu: "Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Penurunan Al-Qur’an itu) sebagai perintah dari sisi Kami." (Qs. Dukhan [44]:4-5).
Salah satu daripada urusan al-Qur’an pada malam Qadr bahawa ia akan bertukar bentuk pada marhalah ahkam dan akan turun dalam jangkauan pemahaman manusia. Ertinya al-Qur’an turun dua kali pada peringkat rincian. Sekali terjadi pada malam Qadr yang mana al-Quran turun dalam bentuk sekaligus, dan kali keduanya turun dalam bentuk berperingkat-peringkat yang terjadi selama 23 tahun mengikut peristiwa-peristiwa yang tertentu.
Pada setiap gambaran tersebut (pertama dan kedua), ketika ia turun secara rincian dan tafsilan, ia turun melalui jalan wahyu kepada Nabi s.a.w. dalam bentuk lafaz-lafaznya
Pada tingkatan ahkam[20] adalah tingkatan global dan mubham (kesamaran), tidak berbentuk kalimat, huruf dan ayat. Tingkatan ini seperti pena ya
ng penuh dengan tinta dan dakwat. Namun tingkatan rincian, pena yang penuh tinta tersebut terjadi dalam bentuk lafaz-lafaz dan kalimat-kalimat. Pada malam Qadar, yang tadinya berbentuk ahkam, simpel, dan tunggal kini terpisah dari satu dengan yang lain dan turun dalam format batasan, bentuk-bentuk dan pelbagai karakter.[21]
Dari apa yang diutarakan di atas menjadi jelas bahawa tingkatan nuzul-nya al-Quran adalah: tingkatan ahkam, tingkatan rincian secara serentak dan tingkatan rincian secara perlahan-lahan atau beransur-ansur. Namun begitu, terdapat penjelasan yang lain oleh sebahagian mufassirin (penafsir al-Quran) yang mana ia tidak akan kosong dari faedah jika ianya diambil perhatian terhadapnya. Mereka berkata: Tingkatan pertama disebut sebagai firman Tuhan atau Kalamullah, iaitu lafaz-lafaz asli al-Qur’an itu sendiri yang terdiri dari huruf "Ba" pada Bismillah, hingga Huruf "Sin" (pada surah) an-Nas yang wujud dengan ciptaan Allah SWT.
Tingkatan kedua: Kemudian melalui perantara qalam ianya ditulis di Lauh Mahfûz dimana Tuhan berfirman: " بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِیدٌ فِی لَوْحٍ مَحْفُوظٍ ". Iaitu : “Bahkan ia adalah Al-Qur’an yang mulia. Yang (tersimpan) dalam Lauh Mahfûzh.” (Qs. Al-Buruj [85]:21-22).
Tingkatan ketiga : Allah Ta'ala berfirman pada cahaya kudus Nabi Saw di alam anwar (cahaya-cahaya), “Sesungguhnya (kitab) itu adalah Al-Qur’an yang sangat mulia. Yang terdapat dalam kitab yang terpelihara (Lauh Mahfûzh). Tidak dapat menyentuhnya (memahaminya) kecuali hamba-hamba yang disucikan." (Qs. Al-Waqiah [56]:76-79)[22] .
Selepas itu para malaikat turun pada malam Qadar di Bait al-Makmur atau langit pertama, kemudian Malaikat Jibril menurunkan al-Qur’an selama tempoh risalah 23 tahun, iaitu surah demi surah dan ayat demi ayat ke dalam kalbu Nabi Saw dimana Tuhan berfirman, “Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Ar-Ruh al-Amin (Jibril) telah menurunkannya ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan." (Qs. Al-Syuara [42]:192-194)[23],[24]

3.  Faktor Mengapa Al-Qur’an Diturunkan Secara Berperingkat
Pada masa hayat Rasulullah Saw bilamana terjadi sebuah peristiwa atau tatkala kaum Muslimin berhadapan dengan kesulitan atau untuk mengatasi kesulitan tersebut atau terkadang jawapan terhadap pertanyaan-pertanyaan yang diajukan, maka sekumpulan ayat atau surah akan diturunkan berkait dengan peristiwa tersebut.
Peristiwa-peristiwa atau kejadian-kejadian yang berlaku kemudian diturunkan ayat atau surah berkenaan dengan peristiwa-peristiwa tersebut, disebut sebagai "sebab-sebab penurunan wahyu" (asbab al-nuzul atau sya'n al-nuzul) dimana hal ini sangat diperlukan untuk dapat memahami secara tepat tentang kebanyakan ayat-ayat al-Qur'an.
Kerana itu, al-Qur'an diwahyukan dan diturunkan secara berperingkat dan perlahan-lahan selama 23 tahun; baik dari sebelum hijrah Nabi s.a.w atau selepasnya, dan mengikut peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam berbagai kondisi yang berbeza-beza. Pewahyuan dan penurunan (nuzul) ini terkadang terjadi ayat demi ayat dan terkadang dalam bentuk satu surah. Hal ini berlanjutan sehingga akhir hayat Nabi Saw. Kemudian ayat-ayat ini dihimpun dalam bentuk satu himpunan kitab al-Qur'an.
Bentuk penurunan wahyu ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri al-Qur'an dan ini membuatnya berbeza dengan kitab-kitab samawi yang lain. Kerana Suhuf (kitab) Ibrahim dan Alwah (papan yang tertera wahyu Ilahi) Musa diturunkan pada satu tempat dan hal ini telah menjadi faktor bagi kaum Musyrikin untuk mencari kelemahan dan aib dari kedua-dua kitab tersebut.
Al-Qur'an menyebutkan, "Orang-orang yang kafir berkata, “Mengapa Al-Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja? Dalam menjawabnya: ” Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya, dan (untuk itu) Kami membacakannya (kepadamu) setahap demi setahap." (Qs. Al-Furqan [25]:32)[25]
Di tempat lain Allah Swt berfirman, "Dan Kami telah memisah-misahkan ayat-ayat Al-Qur’an itu agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya dengan beran
gsur-angsur." (Qs. Al-Isra [17]:106).
Allamah Thabathabai dalam menafsirkan ayat ini telah melontarkan noktah-noktah yang berharga dan berkata, "Dengan hanya memerhatikan kepada metot ayat, ia mengandung seluruh ma'arif (pengetahuan) al-Qur'an, dan ma'arif ini di sisi Tuhan berada dalam acuan lafaz-lafaz dan ungkapan-ungkapan yang diturunkan secara beransur-ansur dan tidak dapat dijangkau oleh kefamahan manusia.
Kerana itu, al-Qur'an harus diturunkan secara berangsur-angsur yang juga merupakan ciri-ciri alam semesta ini, supaya dengan itu manusia dengan mudah dapat memikirkannya dan menghafalnya.
Dengan demikian, makna ayat (Isra [17]:106) ini dijelaskan pada ayat lainnya, " Sesungguhnya Kami menjadikan Al-Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya). Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu dalam Ummu al-Kitab (Lauh Mahfûzh) di sisi Kami adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah." (Qs. Zukhruf [43]:3-4)[26].
Hikmah diturunkannya al-Qur'an secara beransur-ansur dan berbeza-beza adalah supaya ilmu dan amal dapat berjalan seiring dengan -perintah- al-Qur'an dan supaya potensi manusia menjadi matang dan sempurna dalam memahaminya.
(Dalam ungkapan lain) Turunnya ayat-ayat suci al-Qur’an secara berangsur-angsur, surah demi surah dan ayat demi ayat, adalah supaya potensi manusia menjadi matang dan sempurna dalam menerima makrifat asli tentang akidah, hukum-hakam yang khas (partikulir), dan amalanya. Hal ini disesuaikan dengan tuntutan kemaslahatan bagi manusia dimana supaya ilmu tentang Qur’an dapat berjalan seiring dengan amalan terhadapnya (perintah-perintah al-Quran). Dan juga supaya tabiat manusia tidak tercemar dalam menerima makrifat-makrifat dan hukum-hakamnya.


Manusia juga dapat dengan mudah memahami satu demi satu ma'arif al-Qur'an supaya dengan itu mereka tidak menerima nasib sebagaimana nasib yang telah menimpa Kitab Taurat yang diturunkan dengan sekali penurunan sehingga kaum Yahudi berjaya menolaknya. Sekiranya Tuhan tidak menggantungkan gunung di lehe-leher mereka, nescaya mereka sama sekali tidak akan menerima Taurat tersebut.[27]
Demikian juga dapat disimpulkan bahawa hikmah mengapa al-Qur'an diturunkan secara beransur-ansur yang mana ianya adalah supaya Nabi Saw dan kaum Muslimin dapat merasakan sesungguhnya Tuhan sentiasa memberi bantuan khas kepada, selain hubungan teguh mereka yang berketerusan dengan Allah Swt. Kesinambungan wahyu dan penurunan ayat-ayat menjadikan faktor keceriaan kaum Muslimin dan ketetapan hati mereka.[28]
Selepas penurunan ayat-ayat suci al-Qur'an pada masa-masa dan kesempatan-kesempatan yang berbeza-beza, iainya terhimpun dalam acuan surah-surah dan terbentuk dalam format himpunan kitab suci al-Qur'an. Bilangan ayat-ayat dalam setiap surah-surah adalah merupakan perkara taufiqi (iaitu sesuatu yang telah ditetapkan), iaitu dari sependek-pendek surah (surah al-Kautsar yang mengandungi tiga ayat) sehingga yang sepanjang-panjang surah (al-Baqarah yang mengandungi 286 ayat) yang dihimpun berdasarkan perintah khusus Rasulullah Saw dan tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan, ianya kekal sehingga kini. Tentu dalam hal ini terpendam rahsia yang berkaitan dengan mukjizat al-Qur'an dan kesesuaian diantara ayat-ayat.[29]
Demikian juga berkenaan bagaimana terbentuknya ayat-ayat menjadi surah-surah juga harus dikatakan bahawa "Urutan-urutan, keteraturan, dan bilangan ayat-ayat dalam setiap surah di zaman Rasulullah s.a.w. dilakukan atas perintah Rasulullah Saw sendiri. Perkara ini merupakan perkara taufiqi yang mana ianya harus diterima secara taabbudi (iaitu perintah wajib menerimanya adalah datang dari Allah Ta'ala tanpa akal mampu memahaminya), selain ianya wajib dibaca mengikut mengikut susunan yang telah sedia ada.
Setiap surah dimulai dengan Bismillahir Rahmanir Rahim, dan ayat-ayat dicatat berdasarkan urutan pewahyuan dan penurunannya sehinggalah bismillah yang lain diturunkan, maka bermulalah surah yang lain. Demikianlah aturan semulajadi ayat-ayat suci al-Quran.
Kadang-kala terjadi perintah Nabi s.a.w. tentang penyusunan ayat-ayat dengan petunjuk Jibril
a.s supaya ayat tersebut diletakkan pada tempat yang bukan seperti biasanya, contohnya ayat: " وَ اتَّقُوا یَوْماً تُرْجَعُونَ فیهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى کُلُّ نَفْسٍ ما کَسَبَتْ وَ هُمْ لا یُظْلَمُونَ ". Iaitu: "Dan takutlah terhadap suatu hari yang pada waktu itu kamu semua akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri akan mendapatkan balasan apa yang telah dikerjakannya (secara sempurna), sedangkan mereka tidak akan dianiaya (dirugikan) sedikit pun." (Qs. Al-Baqarah [2]:281).
Telah dinukilkan bahawa ayat ini adalah diantara ayat-ayat terakhir yang diturunkan namun Nabi Saw memerintahkan supaya ia diletakkan ditengah-tengah ayat riba dan ayat hutang dalam surah Baqarah ayat 281.
Oleh itu, segala bentuk peletakan ayat-ayat pada surah-surah; baik mengikut aturan biasanya (mengikut tertib susunan ayat-ayat yang diturunkan) atau aturan berbentuk taufiqi (disusun mengikut perintah Tuhan melalui nabi-Nya) semuanya ini dilakukan atas perintah khusus dari Rasulullah Saw sendiri yang wajib diikuti. Bukanlah bermaksud setiap kali berakhirnya sesuatu masalah maka ayat tersebut juga berkahir. Boleh jadi, sebelum masalah (yang dibicarakan oleh ayat) selesai, ayat itu pun berakhir, dan sambungannya datang pada ayat yang lain.
Dengan demikian, panjang atau pendeknya sesebuah ayat tidak bergantung kepada masalah yang berkait dengan ayat tersebut. Perkara ini hanya semata-mata masalah taufiqi sahaja yang mana orang-orang yang terdahulu juga terdapat sedikit perbezaan pendapat dalam masalah ini. Atas alasan ini, kadang-kala Nabi Saw berhenti daripada terus menyambung membaca sesebuah ayat dan tidak melanjutkan bacaan tersebut sehingga disangka ayat telah berakhir. Dan boleh jadi juga Nabi Saw melanjutkan bacaannya pada ayat yang lain tanpa berhenti.[30]
Adapun surah-surah yang diturunkan secara sempurna di satu tempat kepada Nabi Saw adalah, "al-Dhuhâ, al-Fâtihah, al-Ikhlâsh, al-Kautsar, al-Lahab, al-Ba'inah, al-Nashr, al-Nas, al-Falaq, al-Murâsalat, al-Mâidah, al-An'âm, al-Taubah, Shaf, al-'Âdiyat, al-Kâfirun.[31]

[1]. ﴿أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ﴾
[2]. قالَ عیسَى ابْنُ مَرْیَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنا أَنْزِلْ عَلَیْنا مائِدَةً مِنَ السَّماءِ ﴾ ﴿
[3]. ﴿ لَقَدْ أَرْسَلْنا رُسُلَنا بِالْبَیِّناتِ وَ أَنْزَلْنا مَعَهُمُ الْکِتابَ وَ الْمیزانَ لِیَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَ أَنْزَلْنَا الْحَدیدَ فیهِ بَأْسٌ شَدیدٌ وَ مَنافِعُ لِلنَّاسِ﴾
[4]. ﴿وَ أَنْزَلَ لَکُمْ مِنَ الْأَنْعامِ ثَمانِیَةَ َزْواجٍ﴾
[5]. ﴿ یا بَنی‏ آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنا عَلَیْکُمْ لِباساً یُواری سَوْآتِکُمْ ﴾
[6]. ﴿ وَ إِنْ مِنْ شَیْ‏ءٍ إِلاَّ عِنْدَنا خَزائِنُهُ وَما نُنَزِّلُهُ إِلاَّ بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ ﴾
[7]. ﴿ إِنَّ الَّذینَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ کانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلاً ﴾
[8]. ﴿وَ أَمَّا إِنْ کانَ مِنَ الْمُکَذِّبینَ الضَّالِّینَ. فَنُزُلٌ مِنْ حَمیمٍ ﴾
[9]. ﴿وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرى‏﴾
[10]. ﴿ وَ قُلْ رَبِّ أَنْزِلْنی‏ مُنْزَلاً مُبارَکاً وَ أَنْتَ خَیْرُ الْمُنْزِلینَ ﴾
[11]. ﴿ إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنینَ أَلَنْ یَکْفِیَکُمْ أَنْ یُمِدَّکُمْ رَبُّکُمْ بِثَلاثَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِکَةِ مُنْزَلینَ ﴾
[12]. ﴿ وَما تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّیاطینُ ﴾
[13]. ﴿ ٱللهُ الَّذی خَلَقَ سَبْعَ سَماواتٍ وَ مِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ یَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَیْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا ﴾
[14]. Tafsir Nemune, jil. 27, hal. 182.
[15]. ﴿نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمینُ عَلى‏ قَلْبِکَ لِتَکُونَ مِنَ الْمُنْذِرینَ ﴾
[16]. ﴿وَما کُنْتَ تَتْلُوا مِنْ قَبْلِهِ مِنْ کِتابٍ وَلا تَخُطُّهُ بِیَمینِکَ إِذاً لاَرْتابَ الْمُبْطِلُونَ﴾
[17]. ﴿الر کِتابٌ أُحْکِمَتْ آیاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَکیمٍ خَبیرٍ﴾
[18]. ﴿وَما هذِهِ الْحَیاةُ الدُّنْیا إِلاَّ لَهْوٌ وَ لَعِبٌ وَ إِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِیَ الْحَیَوانُ لَوْ کانُوا یَعْلَمُونَ﴾
[19]. Banu Isfahani Sayidah Nusrat Amin, Makhzan al-Irfân dar Tafsir Qur'ân, jil. 1, hal. 15-17, Nasyir: Nehdat Zanan Musalman, Teheran, 1361 S.
[20]. (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu." (Qs. Al-Hud [11]:1)
[21]. Dalam hal ini silahkan lihat,
Murtadha Muthahhari, Asyanai ba Qur'an, jil. 5, hal. 101-105. Muhammad Husain Thabathabai, Al-Mizan (terjemahan Persia), jil. 20, hal. 559-569.
[22]. ﴿وَ إِنَّهُ لَقَسَمٌ لَوْ تَعْلَمُونَ عَظیمٌ. إِنَّهُ لَقُرْآنٌ کَریمٌ. فی‏ کِتابٍ مَکْنُونٍ لا یَمَسُّهُ إِلاَّ الْمُطَهَّرُونَ ﴾
[23]. ﴿ وَ إِنَّهُ لَتَنْزیلُ رَبِّ الْعالَمینَ . نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمینُ. عَلى‏ قَلْبِکَ لِتَکُونَ مِنَ الْمُنْذِرینَ ﴾
[24]. Tayib Sayid Abdulhusein, Atyab al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an, jil. 13, hal. 177, jil. 1, hal. 68-70. Diadaptasi dari jawaban 3234 (site: 4076), Tingkatan Pewahyuan.
[25]. ﴿ وَ قالَ الَّذینَ کَفَرُوا لَوْلا نُزِّلَ عَلَیْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً واحِدَةً کَذلِکَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤادَکَ وَ رَتَّلْناهُ تَرْتیلاً﴾
[26]. ﴿إِنَّا جَعَلْناهُ قُرْآناً عَرَبِیًّا لَعَلَّکُمْ تَعْقِلُونَ. وَ إِنَّهُ فی‏ أُمِّ الْکِتابِ لَدَیْنا لَعَلِیٌّ حَکیمٌ ﴾
[27]. Muhammad Husain Thabathabai, Op Cit, jil. 13, hal. 305-306.
[28]. Muhammad Hadi Ma'rifat, 'Ulum al-Qur'ân, hal. 60-61.
[29]. Muhammad Hadi Ma'rifat, Op Cit, hal. 111.
[30]. Muhammad Hadi Ma'rifat, Op Cit, hal. 117.
[31]. Asrar Mustafa, Dânestanihaye Qur'ân, hal. 28. Shadiq Hasan Zadeh, Kelid-e Qur'ân, hal. 134. Diadaptasi dari jawaban 1607 (Site 1609), Ayat Demi Ayat al-Qur'an.

Rabu, 1 Julai 2015

Doa doa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

AsُِSalam mlm khamis
14 Ramadan 1436H
01 Julai 2015.                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               

Ya Allah, limpahkanlah kepada kami di bulan Ramadhan ini rahmat Mu yang luas,  tunjukkan kami kepada tanda-tanda Mu yang terang  dan tuntunlah kami kepada redha Mu yang luas.

YA Allah jadikan puasa kami tahun ini dapat mendidik kami menjadi insan yang  bertakwa, jauhkan kami Ya Allah dari perkara yang akan menjejaskan puasa kami. Mudah-Mudahan keberkatan Ramadan pada tahun ini akan dapat kami rasakan dalam hidup kami.

Ya Allah, kurniakanlah Ramadan ini dengan limpahan rahmat, nikmat dan barakah.

Ya Allah, kami bersyukur kerana  dilanjutkan lagi usia kami hingga ke hari ini.

Ya Allah indahkan pagi hari ini dengan syukur, ceriakanlah hati kami dengan senyuman, semoga kami dapat jalani hari ini dengan keikhlasan dan semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar.

Ya Allah jadikan pagi ini pembuka pintu rezeki dan kebarkahan, pintu kebaikan, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga bagi kami.

Ya Allah redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya Allah kami cinta dan memerlukan Mu, bersihkanlah hati kami dengan kuasa-Mu. lindungilah rumah kami, keluarga kami dan orang2 yang kami sayang.

Ya Allah sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa keatas setiap perkara.

Ya Allah jadikanlah kami berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang Engkau kurniakan kepada kami dan tambahkan pengetahuan yang berguna kepada kami.

Ya Allah peringatkan kami apa yang kami lupa.

Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak kami.

Ya Allah muliakanlah kami, bahagiakanlah kami, berkatilah setiap rezeki kami, berjayakanlah setiap kerjaya kami, kayakanlah kami dengan harta yang halal, kuatkanlah iman kami dan terimalah amal-amal kebajikan kami.

Ya Allah, jadikanlah kami redha pada  sesuatu yang mengecewakan hati kami.

Kami percaya Ya Allah Engkau akan menggantikannya dengan sesuatu yang tidak dijangka.

Ya Allah, doronglah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke syurga.

Ya Allah terima kasih diatas segala nikmat dan kurniaanMu di pagi ini.

Ya Allah jadikanlah setiap langkah kami agar selalu dalam kebaikan.

Ya Allah jadikanlah sisa umur kami penuh dengan keberkahan.

Ya Allah lindungilah kami dan keluarga kami dengan kasih sayangMu, sesungguhnya hidup dan mati kami adalah keranaMu.

Ya Allah pertemukanlah kami dengan lailatulqadar,  pilihlah kami di kalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr.

َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami,  jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ