Khamis, 29 Januari 2015

A message to BBC


Klik link dibawah untuk beritanya

http://www.madeenah.com/a-message-to-the-bbc-it-is-islam-not-wahhabism/

Selasa, 27 Januari 2015

Untuk bacaan diwaktu terluang: Sontotan agung 1

http://www.majalahniaga.com/emas-tersontot-apakah-4-senarai-semak-sebelum-melabur-dalam-pelaburan-emas.html

Jumaat, 23 Januari 2015

Lintas Depan Orang Sembahyang

BERDOSAKAH MELINTAS HADAPAN ORANG SOLAT?

Kaum Adam. Hari Jumaat ini antara perkara silap sering dilakukan ialah melintas di hadapan orang solat. Carilah jalan lain walau jauh sedikit. Tunggulah hingga orang itu selesai. Jangan pandang ringan walau sekecil-kecil dosa.

Hadis 1:

عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ ، أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ أَرْسَلَهُ إِلَى أَبِي جُهَيْمٍ يَسْأَلُهُ ، مَاذَا سَمِعَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَارِّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي ؟
Busr bin Sa'id meriwayatkan bahawa Zaid bin Khalid mengutusnya kepada Abu Juhaim radiallahu 'anhu untuk bertanya kepadanya tentang apa yang dia dengar daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tentang orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat.

فَقَالَ أَبُو جُهَيْمٍ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ " ،
Abu Juhaim menjawab: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Seandainya orang yang lalu di hadapan orang solat tahu apakah (dosa) yang akan menimpanya, nescaya berhentinya dia selama empat puluh masa lebih baik untuknya daripada melintas di hadapan orang yang solat.

قَالَ أَبُو النَّضْرِ : لَا أَدْرِي ، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً .
Perawi bernama Abu an-Nadhr berkata: Aku tidak tahu. Adakah dia menyebutkan empat puluh hari, atau empat puluh bulan, atau empat puluh tahun.
[Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat, hadis no: 488]

Hadis 2:

حَدَّثَنَا أَبُو صَالِحٍ السَّمَّانُ ، قَالَ : رَأَيْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ يُصَلِّي إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ ، فَأَرَادَ شَابٌّ مِنْ بَنِي أَبِي مُعَيْطٍ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ ،
Abu Soleh al-Samman berkata: Aku melihat Abu Sa’id al-Khudri radiallahu 'anhu pada hari Jumaat, beliau sedang solat ke arah sesuatu yang menghalanginya daripada manusia. Seorang pemuda dari Bani Abu Mu’aith ingin lalu di hadapannya.

فَدَفَعَ أَبُو سَعِيدٍ فِي صَدْرِهِ فَنَظَرَ الشَّابُّ فَلَمْ يَجِدْ مَسَاغًا إِلَّا بَيْنَ يَدَيْهِ ، فَعَادَ لِيَجْتَازَ فَدَفَعَهُ أَبُو سَعِيدٍ أَشَدَّ مِنَ الْأُولَى فَنَالَ مِنْ أَبِي سَعِيدٍ ،
Abu Sa’id menghalang pemuda itu pada dadanya. Pemuda itu melihatnya dan tidak menemui sebarang laluan melainkan di hadapan Abu Sa’id. Sekali lagi dia cuba melintas lalu Abu Sa’id menghalang dengan lebih keras, lalu pemuda itu pun beredar dari Abu Sa’id.

ثُمَّ دَخَلَ عَلَى مَرْوَانَ فَشَكَا إِلَيْهِ مَا لَقِيَ مِنْ أَبِي سَعِيدٍ ، وَدَخَلَ أَبُو سَعِيدٍ خَلْفَهُ عَلَى مَرْوَانَ فَقَالَ : مَا لَكَ وَلِابْنِ أَخِيكَ يَا أَبَا سَعِيدٍ ؟ قَالَ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ ، فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ ، فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ
Kemudian pemuda itu pergi menemui Marwan lalu pemuda itu mengadu kepada Marwan apa yang Abu Sa’id lakukan kepadanya. Abu Sa’id pun kemudian bertemu dengan Marwan, lalu Marwan berkata: Apa halnya engkau dan anak saudara engkau ini wahai Abu Sa’id? Abu Sa’id menjawab: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang kalian solat ke arah sutrah, lalu seseorang mahu melintas di hadapannya, hendaklah dia menghalangnya. Seandainya dia enggan, perangilah dia. Sesungguhnya dia syaitan [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat hadis no:487]

Hadis 3:
حَدَّثَنِي صَدَقَةُ بْنُ يَسَارٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لا تُصَلِّ إِلا إِلَى سُتْرَةٍ ، وَلا تَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْكَ ، فَإِنْ أَبَى فَلْتُقَاتِلْهُ ؛ فَإِنَّ مَعَهُ الْقَرِينَ
Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah kalian solat melainkan ke arah sutrah. Janganlah kalian biarkan seseorang lalu di hadapan kalian. Seandainya dia enggan (iaitu tetap mahu lalu), perangilah dia kerana bersamanya adalah syaitan [Sahih Ibn Khuzaimah, Kitab as-Solat, hadis no: 779]

Huraian:

(Ringkasan daripada Fathul Bari oleh Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani)

A- Hadis-hadis di atas menjadi dalil haramnya melintas di hadapan orang solat.

B- Ulama berbeza pendapat tentang mereka orang yang melintas di hadapan orang solat kerana tiada laluan lain. Adakah berdosa atau tidak?

Zahir dua hadis di atas menunjukkan berdosa kerana Abu Sa'id al-Khudri radiallahu 'anhu tetap menolak orang yang lalu walau tiada laluan lain.

Ibn Daqiq al-Eid pula menukilkan bahawa ulama mazhab Maliki membahagikan perincian mengikut keadaan:

1- Yang berdosa ialah orang yang melintas sahaja. Iaitu apabila orang yang solat, solat ke arah sutrah (sesuatu yang menjadi penghadang seperti beg, dinding, kerusi etc), bukan di laluan orang ramai, dan terdapat ruang lain untuk orang lalu.

2- Yang berdosa ialah orang yang solat sahaja. Iaitu apabila seseorang solat di kawasan laluan orang ramai tanpa sutrah atau jauh dari sutrah, dan orang yang lalu tidak menemui jalan yang lain untuk dia lalui.

3- Yang berdosa ialah kedua-duanya, iaitu yang melintas dan yang sedang solat. Iaitu seperti nombor 2 tetapi orang yang melintas masih mempunyai jalan lain untuk melintas.

3- Kedua-duanya tidak berdosa. Iaitu seperti nombor 1, tetapi yang melintas tidak menemui jalan yang lain untuk melintas.

C- Disyariatkan menghalang orang yang lalu di hadapan kita ketika solat. Majoriti ulama menyatakan perbuatang menghalang ini hukumnya sunat. Akan tetapi ulama Zahiri menyatakan wajib.

Akan tetapi hak menghalang ini hanya ada untuk mereka yang solat menghadap sutrah sahaja. Sesiapa yang solat tidak menghadap sutrah, dia tidak berhak menghalang orang lalu, akan tetapi yang melintas itu tetap berdosa.

D- Ulama berbeza pendapat tentang jarak yang dilarang melintas di hadapan orang solat. Ada yang menyatakan sejauh kawasan sujud orang yang solat, ada yang menyatakan sejauh 3 hasta, ada yang menyatakan sejauh jarak balingan batu. Ada yang menyatakan mengikut uruf. Akan tetapi lebih utama tidak melintas langsung walaupun pada jarak-jarak di atas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Antara dosa yang sering dilakukan pada hari Jumaat ialah melintas hadapan orang sedang solat. Apalah sangat jarak jauh ikut pintu lain berbanding dosa dan neraka. Apalah sangat tempoh masa menanti orang habis solat berbanding ketaatan kepada Allah dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rabu, 21 Januari 2015

Saya sependapat

Saya selalu terfikir begini,

Cut out the unnecessary riff-raff in our lives - mufti Menk.

Dear Brothers and Sisters in Islam,

Charlie Habdo magazine is set to publish more than a million cartoons of what they call Prophet Muhammad.

Dear Muslims, do you believe the cartoons are of our Prophet? The answer is No!!

Logically speaking, you can not draw a cartoon of a person you have never seen him or his photo or portrait or statue.

What is drawn by those people whose aim is to frustrate a billion Muslims in the name of freedom of media, is not but an element of provocation.

The best advice to all Muslims is just to ignore the catoons because as I said in the beginning, they are not of our Prophet. Now,

What is the best way forward? Please practice the following approach:

1. Never look at those cartoons.
2. Never forward the cartoon to anybody by email or whatsapp or by any other means.
3. Keep your frustration in your heart.
4. Follow guidelines of good Muslims and never frustrate people of other religions.
5. Always remember that Islam is a religion of peace so try to promote peace.
6. Give more contributions to propagation of Islam. (walaw kariha lkaafiruun) 7. Remember that our best weapon is our truth and good manners that will attract others to join Islam.

PLEASE SHARE THIS ADVICE TO ALL FRIENDS AND RELATIVES.

True, whenever the prophet(S.A.W) was called by different names, He (S.A.W) used to ignore them & say it doesnt befit me. I am not that which they are naming me with, for I am Muhammed ibn Abdullah

Program Kompaun Emas: Bulan ketiga

Nak kaya Makan tahun.
Jangan terlalu ghairah masuk program Hari Ni masuk Esok anda kaya.... Nnti kayap pulak anda..
Bulan 1
Tarikh 4/11/2014
Buyback rm123/g
ETA30 rm99.50/g
1.Total pamp 76 ketul
2.Jual pada rm123.00/pamp(RM934800)
3.Order pamp 93 ketul eta32(RM925350)
4.Baki tinggal RM9450
5.Tarikh landing eta32 12/12/2014

Bulan ke-2
Tarikh:12/12/2014
Buyback:136/g
Eta24:rm111.50/g
Total pamp:89.328946 ketul
Jual pada rm136/pamp rm1214873.6+rm9076.9733=rm1223950.5
Order pamp 109 ketul eta24 rm1215350
Baki tinggal rm8600.50
Tarikh landing eta24:

Bulan ke-3.                         
Tarikh:20/01/2015          
Buyback:146/g                
Etag30:rm136/g            
Total pamp :94.0685 ketul                                                  
Jual pada rm146/pamp              rm1373400.1+rm7422.3494=rm1380822.4             
Order pamp 101 ketul etag30 rm1373600.00     
Baki tinggal rm7222.40   
Tarikh landing etag30: 5/3/2015
(63 orang)                         
Buatlah dengan   berdisiplin. Tinggi modal awal anda, makin banyak emas yang anda boleh kumpul dalam 1 tahun.

4


Februari tahun ini tidak mungkin datang lagi dalam masa kehidupan abiskita.

Oleh kerana February tahun ini mempunyai 4 ahad, 4 isnin, 4 Selasa, 4 Rabu, 4 khamis, 4 Jumaat dan 4 Sabtu.

Ini hanya berlaku sekali setiap 823 tahun. Ia dipanggil beg wang. Jadi hantarlah kepada sekurang2nya 5 orang atau 5 group dan wang akan diterima dalam waktu 4 hari berdasarkan Feng Shui Cina.

Hantar dalam masa 11 minit dari selepas membaca.

Selasa, 20 Januari 2015

Kisah Emas Melayu Di Tasik Madu

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Semua sedia maklum dengan berita tv3, astro dan surat2 khabar tempatan...182 syarikat emas dalam pemerhatian...(untuk ulasan mereka masih belum dapat menyenarai hitam syarikat terbabit kerana mereka hanya melakukan jual beli...tiada bukti disabitkan dalam skop pelaburan...)

Dengan beberapa fakta...tahukah kita siapakah yg dulu menguasai ekonomi emas malaysia...kedai2 emas...klu bukan bangsa mereka...ratusan kedai emas hanya milik mereka...

Sehingga lah DEPB(darul emas perak berhad) kemunculan syarikat ini adalah fenomena untuk ekonomi  bangsa melayu kita...dan pencetus jutawan emas untuk bangsa melayu...

Pada mulanya syarikat DEPB hanya melakukan urusniaga dalam jemaah sehingga satu tahap ramai jutawan bangsa melayu yg berjaya dilahirkan...dan yg paling dikagumi bila lahirnya syarikat Khazanah bangsa,Zaharah ARba dan lain2 lagi...

Hasil dari jemaah ini... Tok Belagak mula memikirkan dengan merangka akan ada setiap tahun 10 kedai baru milik bangsa melayu...Maka Tok belagak iaitu boss DEPB mula membuat tawaran pada pihak org awam untuk berniaga emas sama ada jual atau beli untuk menikmati keuntungan dan seterusnya mencapai target beliau 10 kedai emas baru setiap tahun dari kalangan Bangsa Melayu...

Melihat dari strategi yg DEPB lakukan...Khazanah Bangsa dan anak muridnya yg lain mula mengambil langkah yg sama... dengan niat memperoleh keuntungan maximum tanpa menjatuhkan bangsa melayu itu sendiri...

Selepas 2 tahun tindakan DEPB dan company emas milik melayu membuka peluang pada org awam...maka ramailah jutawan melayu lahir dari kalangan org awam kalau sebelum ini hanya diberikan dalam jemaah mereka sahaja..

Alhamdulillah...

Sifirnya amat mudah...siapakah yang paling ramai yang membeli barang kemas...kalau tak bangsa melayu kita...ini bermakna aliran tunai dan aliran emas hanya dikalangan bangsa melayu kita sendiri...

Akibat dari master mind Tok Belagak...kebanyakkan kedai emas yg dimiliki bangsa lain mula goyah...dahulunya jualan antara ratusan ribu setiap minggu menurun ke puluhan ribu...dan semakin berkurangan...mereka telah merangka satu strategi pemulihan dgn melakukan serangan dalaman,dimana mereka telah memanupulasi individu penting didalam DEPB... 3 tan emas dibawa keluar negara iaitu singaporey dgn offer palsu kononnya akan multiply jumlah berat emas yg diniagakan...

Proses ini berlaku tanpa pengetahuan Tok Belagak...ini lah kelemahan tok belagak yg mana terlalu mempercayai rakan niaga sendiri...

3 tan yg dibawa ke singaporey hilang begitu sahaja...semua sedia maklum sesiapa yg melakukan simpanan di singaporey mereka mempunyai satu undang2 dimana semua maklumat pendeposit dirasiakan sama sekali...walau apa cara sekali pun...untuk info hanya 3ke5negara sahaja yg mempunyai rule singaporey...dan disebbkan itu jugalah ekonomi mereka hebat...rizab simpanan tunai dari seluruh dunia tertumpu di negara mereka.

Akibat dari serangan bulan oktober itu DEPB jatuh menjunam yg mana nilai 3tan emas yg melebihi 3bilion telah hilang dibawa ke singaporey...khazanah bangsa dan beberapa syarikat lain dibawah DEPB secara tidak langsung terbabit sama kerana mereka mempunyai contion(connection) each other...

Bermulalah kejatuhan ekonomi emas bangsa melayu...dgn satu persatu company emas cuba recover...ada yg lepas...ada yg tersungkur teruk...ada yg masih dalam pemulihan...

Semasa dalam proses pemulihan emas bangsa melayu mereka mula risau.Dengan target mereka ingin lihat kite zero dalam perniagaan emas ini... Ar rahnnu yg dulunya menerima emas tanpa limit terus menurun pada 25kilo sahaja sehari...akibat dari peraturan Ar Rahnnu...proses yg dijangka hanya memakan masa 3 ke 6 bulan telah bertukar menjadi 12bulan...dalam pada masa yang sama syarikat DEPB dan company yg lain terpaksa melakukan jualan emas perhiasan secara agresif akan tetapi melayu mudah lupa mereka tidak membeli barang kemas bersama mereka.

[3:17PM, 1/17/2015]   Akibatnya customer DEPB dan lain telah membuat laporan polis...PPIM...Tribunal Pengguna...hire lawyer...akibat laporan ini maka BNM telah mengeluarkan notis yg mana DEPB Khazanah Bangsa,  ARBA dan 182company lain dalam pemerhatian...

Betul kata Doctor Mahathir melayu mudah lupa...bila payment jual beli cantik.ramai yg puji melangit...dan bila jatuh memang habis di maki hamun.ini luahan Tok Belagak sendiri
[3:17PM, 1/17/2 : Untuk Maklumat syarikat DEPB dan182 yang lain telah mencairkan aset sehabis yang mungkin tiada istilah lari...ada yg melihat boss mereka menaiki taksi dan bus kerana semua aset telah dicairkan...bagi proses pemulihan...untuk maklumat ada company yg telah melakukan bayaran 5peratus setiap bulan sebagai refund...

Dengan Tsunami hebat ini maka ekonomi emas melayu berada antara sempadan sama ada kebangkitan atau titik noktah kepada ekonomi emas melayu...

Strategi mereka untuk menjatuhkan emas bangsa
melayu berjaya dan sale kedai emas bangsa mereka mula naik semula...

Sama2 ambil iktibar... jika kita tidak bersatu...meranalah kita semua... wallahualam.

(Format dan pembetulan tulisan telah dibuat)
Dipetik Dari Grup Telegram

Rabu, 14 Januari 2015

Rahmat Allah

Iktibar Wang Siling

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen.Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan ,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang    sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Demikianlah, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. Muga dpt ambik pengajaran nya.

Kredit: mzb..

Dipetik dari grup Telegram