Khamis, 26 Februari 2015

Lubuk Pendapatan Pasif Jalan ke5

To view this message as a web page, click here*********************************************************************

Kisah Mazelan Abas": Nama saya Mazelan Abas, disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai program Tone Excel ini. Semoga ada panduan yang boleh diambil. Jika dalam masa 4 tahun saya boleh dapat pendapatan lebih setengah juta ringgit TIAP-TIAP BULAN, saya doakan yang ikhsan dapat sama seperti saya atau dapat lebih lagi daripada saya. Amin.************************************************************************** 

Salam sejahtera rakan2 semua. 

5. Jalan Jawab Telefon* Saya sentiasa mencuba sedaya upaya untuk jawab kesemua panggilan telefon. Ini merupakan amalan saya sejak mula2 buat toneexcel ini. Jawap panggilan telefon sebanyak mungkin. Ini membezakan anda dengan orang gagal atau perniagaan MLM. MLM punya style, jika mereka nak sponsor orang, pertama, mereka akan minta anda untuk beli produk mereka atau join pakej yang paling mahal. Mereka tak kira samada anda ada duit atau tidak, mereka paksa anda untuk join pakej yg paling mahal. Jika anda beri seribu satu alasan yang anda tak mampu atau tak mahu join, mereka akan berikan seribu satu jawapan kenapa anda mesti join. MLM style akan janjikan bulan dan bintang, janji akan bantu anda sehingga berjaya, tetapi apabila anda join sahaja, mereka kata, jika nak hubungi saya pakai sms sahaja, jangan call, kalau call sure tak angkat. Saya tak buat sedemikian, saya akan jawab panggilan telefon sebanyak mungkin, dan saya masih amalkan amalan ini sehingga hari ini. Sebab itu saya jarang terlepas panggilan telefon seperti ini, "Hello ini en Mazelan ya, saya dah baca email encik banyak kali, dan saya berminat nak join toneexcel ini, macamana saya nak mula ya?" Sebab itu saya setiap bulan masih tetap sponsor orang sehingga ke hari ini. Sebab saya rajin jawab telefon. Sampai jumpa lagi.

Daripada.Mazelan Abas. (MA) 

M U T I A R A    K A T A    H A R I    I N I

 "Jawap panggilan telefon sebanyak mungkin. Ini membezakan anda dengan orang gagal atau perniagaan MLM."

*T E R I M A   K A S I H

Salam sejahtera ikhsan, dah mula dapat komisyen dari ToneExcel? Kalau ada kelapangan call saya di talian 017-4769953 dan beritahu berapa komisyen pertama ikhsan Diperingkat awal ini saya cadangkan jika ikhsan menghadapi apa jua masalah, call terus saya, saya akan bantu mana yang boleh. Dan satu lagi, supaya anda mudah merujuk kepada panduan2 didalam ToneExcel ini, saya cadangkan yang anda print out setiap siri email yang diberikan kepada anda ini.   

Terima Kasih. 

Daripada Rakan / Penaja / Pembantu Anda. Bersama menuju kebebasan kewangan: Ang Chob Master TrainerTel: 017-4769953IDP: 184255

This message was sent to you at iancruzeiro@live.comregarding: Handphone Kini Jadi Sumber Pendapatanku..Email Marketing By:Message Sender Info: Lubuk Pendapatan Pasif ( malaysianaire@gmail.com )Mhd Yusof Abd Ghoni | A35, Jalan Bukit Bayu A1, Bukit Bayu Bungalow Village | Sungai Petani, Kedah | 08000 | Malaysia Manage Your Subscription  Instant Removal

Lubuk Pendapatan Pasif Jalan ke6

To view this message as a web page, click here********************************************************************************************************************************************************************************

"Kisah Mazelan Abas": Tajuk Nama saya Mazelan Abas, disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai program Tone Excel ini. Semoga ada panduan yang boleh diambil. Jika dalam masa 4 tahun saya boleh dapat pendapatan lebih setengah juta ringgit TIAP-TIAP BULAN, saya doakan yang ikhsan dapat sama seperti saya atau dapat lebih lagi daripada saya. Amin.******************************************************************************************************************************************************************************** 

Salam sejahtera rakan2 semua. 6. Jalan Be Information Center.* Saya akan menjadi pusat penerangan tetapi BUKAN TEMPAT PENYELESAIAN MASALAH. Bila anda sering menjawab panggilan telefon, kebiasaannya network anda akan mengadu berbagai hal, jawab sebanyak mungkin panggilan telefon tetapi jangan sesekali cuba menyelesaikan masalah yang dimana anda bukan pakarnya. Rujukkan mereka ketempat yang betul. Inilah perkara yang saya amalkan dari hari pertama saya join sehinggalah kehari ini. Jadikan diri anda sebagai sumber rujukkan dan anda merujukkan mereka ketempat yang betul. 

Untuk anda lebih faham apa yang saya maksudkan, sila lihat video ini sepenuhnya.http://www.youtube.com/watch?v=XjK5WedtQ7w Sampai jumpa lagi.

Daripada.Mazelan Abas. (MA) 
****************************************************************************************
M U T I A R A    K A T A    H A R I    I N I**************************************************************************************** 

“Apabila urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”

T E R I M A   K A S I H

Salam sejahtera ikhsan,  semoga sihat sentiasa. Saya memang pesaran yang ramai diantara kita sering buat silap tentang perkara ini. Mereka terikut-ikut style MLM. Apabila mereka join sesuatu bisnes, maka mereka akan buat bersungguh sungguh tetapi menggunakan cara yang salah.

Kalau langkah pertama sudah salah, kalau hala tuju yang pertama sudah salah, semakin laju mereka buat bisnes ini, makin cepat mereka jalankan bisnes ini,  semakin cepat mereka akan sampai ketempat yang salah. 

Dulu saya sering buat perkara yang sama, bila downline call, saya akan cuba selesaikan masalah mereka, almaklumlah, saya ingin jadi upline yang bertanggung jawab. Tetapi disebabkan saya cuba menyelesaikan masalah mereka, akhirnya saya sendiri yang menerima balasananya. Lama2, masalah semakin banyak, tetapi ianya sukar diselesaikan.

Contohnya, seorang downline telefon beritahu yang komisyen dia tak masuk. Disebabkan kita cuba nak selesaikan, keadaan sebenarnya menjadi kusut.

Kita pun tanya. 
Komisyen apa encik?
Fast Track atau Bonus Top up yang tak masuk tu.?
Encik sendiri tahu tak cara ToneExcel bayar bonus, dua2 tu berbeza tarikh pembayarannya.
Bulan berapa punya bonus? Sebab mereka akan bayar pada 21hb hadapannya.
Encik ada berapa ID?
ID encik yang mana satu?
Berapa sepatutnya masuk?
Encik pakai bank apa?
Saving ke Current akaun?
Encik ada online banking ke?
Encik punya personal topup bulan tersebut berapa?
Kalau topup bawah RM20 memang encik tak dapat komisyen.
Bila encik topup tu? Takut2 last minit.
Encik agen biasa ke atau Junior Center?
Encik tahu tak nak check dalam member area?
Encik tahu tak cara nak login dalam member area? 
Selepas penat anda bertanya 1001  soalan kerana ingin membantu, akhirnya anda dapat kesemua maklumat tersebut. Esoknya anda terpaksa ambil cuti atau MC dari kerja hakiki anda, semata2 nak ke HQ di Sri Petaling untuk bantu selesaikan masalah downline yang komisyennya tak masuk.

Sesampai di HQ, alamat ramainya orang, jadi kena beratur panjang untuk nak dapat penyelesaian. Selepas berjaya jumpa ToneExcel Customer Service - TCS, anda pun dengan penuh semangat menceritakan masalah downline anda. Anda pun terus menceritakan keadaan downline anda yang menghadapi masalah yang sangat besar, sehingga menyebabkan upline terpaksa turun untuk menyelesaikan masalah. TCS pun tolong checkkan, selepas 15 minit, dia pun datang dan beritahu yang downline anda masukkan no akaun bank tak cukup 1 digit. Patutlah komisyen tak masuk2. Hampeh... dia punya salah anda terpaksa ambil MC. Itu baru seorang, kalau beribu orang, semua anda ingin layan sebagai upline yang bertanggung jawab, jawabnya, tak sampai 3 bulan, anda akan menjadi sejarah - sejarah orang yang paling cepat give up dalam bisnes anda sendiri.   Oleh itu, jawab sebanyak mungkin panggilan telefon, dan kemudian, Be Information Center. 

Diperingkat awal ini saya cadangkan jika ikhsan menghadapi apa jua masalah, call terus saya 0174769953 , saya akan bantu mana yang boleh. Dan satu lagi, supaya anda mudah merujuk kepada panduan2 didalam ToneExcel ini, saya cadangkan yang anda print out setiap siri email yang diberikan kepada anda ini.  

Terima Kasih. Daripada Rakan / Penaja / Pembantu Anda.
Bersama menuju kebebasan kewangan: Abg Chob Master TrainerTel: 0174769953IDP: 184255

This message was sent to you at iancruzeiro@live.comregarding:

Handphone Kini Jadi Sumber Pendapatanku..
Email Marketing By:Message Sender Info: Lubuk Pendapatan Pasif ( malaysianaire@gmail.com )Mhd Yusof Abd Ghoni | A35, Jalan Bukit Bayu A1, Bukit Bayu Bungalow Village | Sungai Petani, Kedah | 08000 | Malaysia Manage Your Subscription  Instant Removal

Lubuk Pendapatan Pasif Jalan ke7

To view this message as a web page, click here********************************************************************************************************************************************************************************

Kisah Mazelan Abas": Tajuk Nama saya Mazelan Abas, disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai program Tone Excel ini. Semoga ada panduan yang boleh diambil. Jika dalam masa 4 tahun saya boleh dapat pendapatan lebih setengah juta ringgit TIAP-TIAP BULAN, saya doakan yang ikhsan dapat sama seperti saya atau dapat lebih lagi daripada saya. Amin.********************************************************************************************************************************************************************************

 Salam sejahtera rakan2 semua. 7.Jalan Upgrade Level* Saya upgrade account 1 dahulu jadi SC. Selepas itu account 2 jadi SC. Selepas itu account 3 jadi SC.Selepas itu account 1 jadi Branch. Dalam Tone Excel ini, dia ada beberapa peringkat, pertama sebagai agen biasa, yang dapat komisyen topup 6,3,11% atau 10,3,13%. Kalau kita upgrade kepada Junior Center ke, atau Service Center ke, atau Branch ke, maka komisyen topup kita juga akan meningkat, malahan kita boleh dapat bukan hanya sampai 3 level, tetapi sehingga ke level infinity. 

Untuk mengetahui kelebihan menjadi JC/BC atau Branch, dan juga cara-cara untuk upgrade level, anda boleh lihat disini.http://toneexcel.biz/sc.php Dulu, selepas saya ada 3 akaun, bila akaun 1, komisyen topup sudah mencecah RM600, saya terus upgrade akaun 1 dulu menjadi service center, dulu tak ada Junior Center. Selepas habis terjual kesemua simkad, saya gunakan duit tersebut untuk upgrade akaun ke-2 jadi SC. Selepas habis terjual kesemua simkad, saya gunakan duit yang sama untuk upgrade akaun ke-3 pula menjadi SC. Jadi tak sampai setahun ketiga2 akaun saya telah upgrade jadi SC.

Masa tu komisyen pun dalam lingkungan RM4,000, kumpul2 duit komisyen tersebut, tetapi masih tak cukup utk upgrade akaun 1 jadi Branch. Masa tu, isteri masih bekerja sebagai seorang guru, jadi dia bantu saya utk buat loan EasyRHB, untuk bagi cukup nak naik branch. Bila dah cukup, saya pun upgrade branch, dan syukur pada Tuhan kesemua 1500 simkad tersebut dapat saya habiskan dalam masa sebulan sahaja. Jadi terus selesaikan kesemua hutang di EasyRHB tersebut. Selepas upgrade itulah, komisyen topup saya pun naik secara mendadak dan mula tak masuk akal. Dan ia naik dan naik dan naik dan terus naik sehingga kehari ini. Isteri saya pun sudah berhenti jadi guru, dan saya berikan gaji kepada beliau sebanyak RM20,000 sebulan, kerana mengenangkan jasanya membantu saya pada peringkat awal dan juga utk menjadi sekriteri saya sekarang ini. Bolehlah dia ikut kemana saje saya pergi, tak perlu tunggu cuti sekolah lagi baru boleh ikut.

 Bila waktu yang sesuai utk upgrade level ini?Waktu yang sesuai untuk upgrade JC atau SC, bila mana salah satu perkara dibawah ini berlaku kepada anda. 1) Bila komisyen topup akaun 1 anda sudah mencecah RM600-700 ATAU2) Bila level-1 akaun ke-3 anda sudah ada minima 40 orang ATAU3) Bila downline anda asyik order simkad daripada anda dan anda sudah boleh menjual dalam lingkungan 30 keping simkad seminggu. Salah satu keadaan diatas merupakan petunjuk samada sesuai atau tidak untuk anda upgrade level. Ini bukan apa, hanyalah semata-mata untuk pastikan yang kita sudah ada network. Bila ada network, pasti akan ada demand, bila ada demand baru kita prepare supply. Jangan baru join dua tiga hari, dah nak upgrade. Jangan dah buat bertahun2 tapi baru ada 5 orang dekat level 1, dah nak upgrade, takut2 kesudahnya, beli simkad banyak2 tapi tak boleh jual. Itu yang jadi ramai yang jual simkad dengan harga rendah. Saya tak mahu perkara tersebut berlaku kepada diri anda, sebab nanti anda akan rugi dikemudian hari. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua. Sampai jumpa lagi.

Daripada.Mazelan Abas. (MA)

 ****************************************************************************************
M U T I A R A    K A T A    H A R I    I N I**************************************************************************************** " Untuk berjaya, lihatlah peluang-peluang yang ada disekeliling anda, jika tidak jumpa, cipta sendiri peluang tersebut. Untuk gagal pula, lihatlah halangan-halangan yang ada disekeliling anda, anda pasti gagal." ****************************************************************************************
T E R I M A   kasih

Salam sejahtera ikhsan, bagaimana kemajuan anda dalam Tone Excel ini? Itu teknik yang ada dalam SMA. Kita tidak galakkan untuk anda upgrade tanpa petunjuk yang posotif. Kenapa SMA buatkan garis panduan tersebut, ianya semata-mata untuk menjaga kepentingan anda, supaya dapat mengurangkan resiko kerugian. Kalau anda rasa nak cepat, buat cepat2, menajalah seramai mungkin di level -1 akaun ke-3, bila komisyen dah dapat lebih kurang 40 orang, upgrade semahunya. Kalau kita boleh buat dalam masa sebulan, pun tidak ada masalah untuk kita upgrade, sebab kita sudah ada network. Dan mereka ini akan beli simkad daripada kita, maka cepatlah kita dapat menghabiskan simkad tersebut, dapatlah kita mencairkan simkad kepada duit dalam masa singkat, resiko kerugian juga dapat dikecilkan. Jadi kalau anda perasan, dalam SMA ini, kesemuanya hanya berfokus untuk menaja seramai mungkin di level-1 akaun-3, dan yang lain akan datang sendiri. Termasuk signal untuk upgrade juga akan datang sendiri.Kalau dah setiap minggu downline anda asyik nak beli simkad dengan anda sampai semingu 100 keping simkad, tak reti2 lagi ke nak upgrade. Tapi kalau setahun boleh jual 3 keping simkad, jangan sibuk nak upgrade, tak reti2 lagi ke nak mencari ilmu marketing. Nanti bila simkad tak boleh jual, takkan kita nak makan simkad tersebut, bukan boleh makan pun. 

Saya tahu ramai yang tak sabar bila mula melihat peluang keemasan yang ada dalam Tone Excel ini, nak pula kita ada duit simpanan yang banyak, bila join sehari dua dah nak upgrade jadi Branch dengan modal RM117,000.00. Jangan, dulu saya pernah suruh orang balik kerana nak upgrade Branch selepas dua hari join. Saya kata pada dia, ini bukan MLM yang paksa orang lain join pakej yang paling besar. Ini bisnes tulin yang mementingkan perhubungan jangka panjang, biar kita buat secara selamat dan resiko yang kecil, start dulu dengan RM90, komisyen dah besar, kumpul duit komisyen tersebut utk upgrade level, kan tiada resiko. Ikut sahaja SMA ini, ikhsan akan dibawa kejalan kejayaan kewangan, sebab ketentuan Tuhan pasti pada hasilnya, tetapi jalan adalah hak anda untuk memilih. Diperingkat awal ini saya cadangkan jika ikhsan menghadapi apa jua masalah, call terus saya 0174769953, saya akan bantu mana yang boleh. Dan satu lagi, supaya anda mudah merujuk kepada panduan2 didalam ToneExcel ini, saya cadangkan yang anda print out setiap siri email yang diberikan kepada anda ini. 

Sebelum saya akhir warkah ini, apa kata kita lihat video testimoni orang2 berjaya dalam toneexcel ini:https://www.youtube.com/watch?v=TVpF3NxHVS4  

Terima Kasih. Daripada Rakan / Penaja / Pembantu Anda. Bersama menuju kebebasan kewangan: Abg Chob Master TrainerTel: 017-4769953IDP: 184255  

p/s

Satu lagi, jika anda tidak suka menerima email seperti ini, jangan fikir panjang2, jangan reply apa2 pada email ini, hanya scroll kebawah dan klik "Instant Removal" anda tidak lagi menerima email ini lagi daripada saya.This message was sent to you at iancruzeiro@live.comregarding: Handphone Kini Jadi Sumber Pendapatanku..Email Marketing By:Message Sender Info: Lubuk Pendapatan Pasif ( malaysianaire@gmail.com )Mhd Yusof Abd Ghoni | A35, Jalan Bukit Bayu A1, Bukit Bayu Bungalow Village | Sungai Petani, Kedah | 08000 | Malaysia Manage Your Subscription  Instant Removal

Selasa, 24 Februari 2015

Lubuk Pendapatan Pasif Jalan ke8

To view this message as a web page, click here********************************************************************************************************************************************************************************

"Kisah Mazelan Abas": Tajuk Nama saya Mazelan Abas, disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai program Tone Excel ini. Semoga ada panduan yang boleh diambil. Jika dalam masa 4 tahun saya boleh dapat pendapatan lebih setengah juta ringgit TIAP-TIAP BULAN, saya doakan yang ikhsan dapat sama seperti saya atau dapat lebih lagi daripada saya. Amin.********************************************************************************************************************************************************************************

 Salam sejahtera rakan2 semua. 8. Jalan Tidak Sentuh Pendaftaran.* Walau pun saya yang mencipta cara pendaftaran SMS ini, tetapi saya tidak pernah sentuh pendaftaran, kesemuanya dikendalikan oleh DEC (Data Entry Center).* Saya tidak pernah registerkan sesiapa, tetapi saya ajar mereka register sendiri. Ini merupakan jalan yang telah memberikan impak terbesar didalam kebangkitan Tone Excel suatu ketika dulu. Ini juga merupakan turning point didalam pencapaian saya mendaki tangga2 didalam Tone Excel. Dulu nak daftar kena isi borang dan hantar borang tersebut kepada JC/SC/Branch anda untuk mereka key in kan dalam komputer. Selepas mereka key in, barulah dapat no IDP dan no telefon tunetalk. Kalau JC/SC/Branch anda tiada dirumah, mereka ada hal kecemasan, atau pun mereka balik kampung, ataupun anda menaja orang baru diwaktu malam, diwaktu subuh, ataupun anda sendiri balik kampung, mereka pula jauh, itu yang kadang2 nak dapat no IDp dan no telepon tunetalk akan mengambil masa sampai seminggu. Jadi saya fikir macamana network kita nak berkembang kalau pendaftaran sangat lambat dan susah. Maka saya tubuhkan DEC (Data Entry Center), dimana rakan2 boleh hantar SMS maklumat pendaftaran, saya akan isikan dalam borang tersebut, saya akan key in kan, bila siap saya terus hantarkan SMS semula untuk beritahu IDP dan no telefon yg baru. Cara ini dahulu saya buat hanya untuk group saya sahaja, tapi lama2 semua orang pakai cara macam ini. Sebab apa, sebab mereka cepat dapat idp dan no telefon. Sekarang ini, DEC bertambah maju, pendaftaran bertambah cepat. Sekarang ini, DEC mempunyai 16 orang staff, jalan 2 shif. Mereka key in semua pendaftaran yang masuk dari jam 7 pagi sehingga 2 pagi, setiap hari, termasuk cuti umum. Tak kira cuti apa sekali pun, mereka tetap setia bekerja untuk key in kan pendaftaran anda. Jadi saya boleh fokus hanya untuk kembangkan level-1 saya sahaja, dan anda juga boleh fokus buat marketing untuk kembangkan level satu anda. No pendaftaran DEC hanya ada satu sahaja, tiada no lain, iaitu:014 - 705 7769 Formatnya adalah ad NamaPenuh noS/N noPUK noIC Alamat Poskod IDPXXXXXX mereka biasanya akan reply dibawah 15 minit untuk beritahu IDP baru dan no telefon.Jika tak dapat reply, anda boleh call no Custumer Care DEC di:0111 508 15150111 509 15150111 513 15150111 514 1515 Saya menggunakan khidmat DEC sepenuhnya, maka saya boleh fokus pada buat marketing untuk tambah Level-1 (Akaun-3) saya sahaja, sebab itu komisyen topup saya sentiasa naik dan naik dan naik. Lagi satu, jika menaja orang baru di Level-1, saya akan ajar mereka cara SMS dan saya suruh mereka SMS sendiri ke nombor 0147057769. Apabila mereka sudah belajar cara SMS, mereka tahu cara nak daftar, apabila mereka balik rumah, mereka sudah boleh menaja orang lain. Network saya berkembang pantas. Sebab itu saya tak pernah sekali kali tolong orang lain SMS kan pendaftaran mereka. Cara ini pula mudah untuk dipelajari, walaupun downline saya duduk jauh daripada saya, sebab DEC sentiasa standby untuk key in pendaftaran mereka dari jam 7pagi-2pagi setiap hari, 7 hari seminggu, 355 hari setahun, tiada cuti. Saya boleh fokus kepada marketing sahaja. Semoga anda juga berjaya dengan cara ini. Sampai jumpa lagi.Daripada.Mazelan Abas. (MA)

 ***************************************************************************************

*M U T I A R A    K A T A    H A R I    I N I**************************************************************************************** " Perkataan "Memudahkan Kerja" adalah lebih sukar untuk dicapai, tetapi apabila ianya tercapai, perkara mustahil akan menjadi mudah." ***************************************************************************************

*T E R I M A   K A S I H*****************************************************************

Salam sejahtera ikhsan, tak merancang nak ke mana2 ke hari ini? Cara ini merupakan revolusi dalam Tone Excel, ramai yang sudah berjaya seperti Hamka Marsaling, Rosanne Goh, Zamri Nayan, Razif Yusof, Sazali, dan beribu lagi nama yang tak akan habis untuk disenaraikan, mereka juga menggunakan kemudahan DEC ini. Mereka boleh berjaya dengan bantuan dan kemudahan DEC, mengapa tidak saya dan ikhsan. Diperingkat awal ini saya cadangkan jika ikhsan menghadapi apa jua masalah, call terus saya 0174769953, saya akan bantu mana yang boleh. Dan satu lagi, supaya anda mudah merujuk kepada panduan2 didalam ToneExcel ini, saya cadangkan yang anda print out setiap siri email yang diberikan kepada anda ini.   Terima Kasih. Daripada Rakan / Penaja / Pembantu Anda. Bersama menuju kebebasan kewangan: Abg Chob Master TrainerTel: 017-4769953IDP: 184255 ******************************************************** 

p/sSatu lagi, jika anda tidak suka menerima email seperti ini, jangan fikir panjang2, jangan reply apa2 pada email ini, hanya scroll kebawah dan klik "Instant Removal" anda tidak lagi menerima email ini lagi daripada saya.This message was sent to you at iancruzeiro@live.com regarding: Handphone Kini Jadi Sumber Pendapatanku..Email Marketing By:Message Sender Info: Lubuk Pendapatan Pasif ( malaysianaire@gmail.com ) Mhd Yusof Abd Ghoni | A35, Jalan Bukit Bayu A1, Bukit Bayu Bungalow Village | Sungai Petani, Kedah | 08000 | Malaysia Manage Your Subscription  Instant Removal

Pengajaran adab sikap tatacara

Sketsa yang berkisar mengenai raya yang disiarkan semasa bulan Syawal 2014, ada menyentuh beberapa isu antaranya isu kekeluargaan, adab dalam menegur, sikap bertoleransi, jangan mudah mengalah untuk berjaya, belajar perlu berguru, memahami situasi sebenar sebelum menghukum, bersangka baik, puji dan memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain.

SINOPSIS: Ida membuat keputusan untuk tidak ikut suaminya Imran pulang beraya ke kampung setelah terasa hati dengan teguran ibu mertuanya. Segalanya bermula apabila Ida menghantar gambar kuih tat yang dibuatnya sendiri ke dalam group whatsapp keluarga haji Baharom. Dalam masa yang sama kakak ipar Ida yang baru, Aisyah turut sama menghantar gamba kuih pelangi yang dibuatnya ke dalam group tersebut. Hasilnya, kuih pelangi Aisyah dipuji manakala kuih tat Ida dikritik. Ibarat kuih kembang semangkuk begitulah kritikan yang diberi oleh ibu mertua kepada Ida. Dek kerana terasa dihina dan malu dengan kritikan terbuka oleh ibu mertuanya itu yang dapat dilihat oleh semua ahli group, maka Ida membuat keputusan untuk keluar daripada group whatsapp keluarga haji Baharom dan nekad untuk tidak membuat kuih tat lagi di masa hadapan. Tindakkannya itu menjadi persoalan dikalangan ahli group. Tiba saatnya untuk pulang beraya, Ida dan suaminya Imran membuat haluan masing-masing walaupun puas dipujuk oleh Imran untuk pulang beraya bersama. Sekembalinya Imran ke kampung bersama seorang anaknya, membuatkan ibunya tertanya-tanya ke mana perginya Ida. Ibunya mendakwa Ida tidak pulang bersama kerana pasti ada masalah keluarga antara Imran dan Ida. Imran cuba memberitahu ibunya bahawa Ida tidak pulang bersama kerana terasa kecil hati. Ibunya terus mencelah dengan berkata memang patut pun Ida berkecil hati kalau suaminya ada perempuan lain tanpa ibunya menyedari puncanya yang sebenar. Adik Imran, Irfan yang kebetulan berada di situ yang juga mengetahui perkara sebenar cuba menambah dengan mengatakan bahawa Ida sebenarnya terasa hati dengan ibu mertuanya. Terkejut dengan dakwaan itu, ibunya bertanya
kembali mengapa Ida perlu berkecil hati dan terasa sentap dengannya?
Setelah seminggu berlalu, Aisyah berjumpa dengan Ida dan cuba memujuknya untuk pulang beraya bertemu dengan ibu mertua. Ida berkeras enggan pulang beraya dengan alasan bahawa ibu mertua lebih menyayangi Aisyah. Pujian melangit yang diberi oleh ibu mertua terhadap kuih pelangi yang dibuat Aisyah telah membuktikan segalanya. Aisyah menolak dakwaan Ida dengan mengatakan bahawa kuih pelangi yang dibuatnya itu adalah hasil bertahun-tahun lamanya mencuba. Jika dia ingin membuat kuih tat, belum tentu lagi hasilnya sebaik ini. Katanya lagi, kuih pelangi yang dibuatnya itu adalah semata-mata kerana ia adalah kuih kesukaan anaknya dan juga atas dorongan serta galakkan daripada suaminya yang inginkan anak-anak mereka merasai hasil tangan ibu mereka sendiri. Kerana berkat masakan air tangan ibu, anak-anak menjadi.
Pada mulanya, Ida tetap dengan keputusannya namun setelah berkali-kali dipujuk akhirnya Ida akur dan bersetuju untuk pulang ke kampung bertemu mata dengan ahli keluarga haji Baharom termasuk ibu mertuanya. Setelah bersua muka dan berbincang dari hati ke hati, segala kemelut yang melanda terpadam jua. Kata ibu mertuanya, Ida sudah lama menjadi menantunya dan sudah pasti lebih masak akan perangainya berbanding Aisyah yang hanya baru 4 bulan menjadi ahli keluarga haji Baharom. Tambahnya lagi, kuih tat itu adalah resepi turun temurun, maka seharusnya Ida perlu bertanya kepadanya terlebih dahulu sebelum cuba untuk membuat kuih tersebut. Tambahan pula itu adalah cubaan pertama kali Ida dalam membuat kuih tat dan sudah tentu banyak kurangnya. Tegurannya terhadap Ida tidak berniat untuk memalukannya bahkan ia hanya teguran semata agar Ida dapat memperbaiki hasil mutu kuih tatnya di masa hadapan. Katanya lagi, mungkin kerana tegurannya itu tidak berdepan-depan dan hanya di dalam tulisan yang tiada intonasi dan lenggok bahasa maka cara pemahamannya sudah tentu berbeza. Setelah itu, Ida mengakui bahawa setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Seharus
nya dia tidak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Gagal dalam mencuba itu biasa. Tetapi usah berhenti dari terus mencuba hingga menuju puncak jaya. Untuk terus berjaya juga perlu kepada nasihat serta bimbingan daripada guru supaya silap dan salah dapat diperbetulkan.
Dengan berlakunya pertemuan itu, barulah segala kekusutan terungkai.
Peristiwa tersebut membuatkan Ida lebih memahami ibu mertuanya dan mengenali kakak iparnya.

Banyak pengajaran yang dapat diambil daripada drama tersebut sebagai contoh dalam isu KEKELUARGAAN,
walau apapun yang berlaku jangan sesekali memasamkan muka, memejamkan mata, memekakkan telinga dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Berbincanglah andai di sana ada tertimbul kesilap fahaman dalam sesuatu isu. Usah kerana isu kecil dibesar-besarkan. Usah kerana harta dan tanah rela berputus silaturrahim. Menjaga silaturrahim itu wajib. Memutuskannya pula pasti mendapat murka Allah. Dengan bersilaturrahim dapat merapatkan hubungan, memanjangkan umur dan memurahkan rezeki.

ADAB DALAM MENEGUR.
Niat untuk menegur itu baik kerana menegur itu tujuannya ingin melihat perubahan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Namun dalam menegur, perlu dijaga adabnya agar tujuan asal itu tidak lari dan orang yang ditegur dapat menerima teguran itu dengan hati terbuka. Dalam menegur juga, perlu melihat kepada situasi masa, tempat dan orang yang ingin ditegur. Pilihlah masa dan tempat yang sesuai. Elakkan menegur dikhalayak ramai yang boleh menjatuhkan air muka mereka yang ditegur. Walaupun teguran itu berdepan dan dekat di mata namun hati yang sudah tertutup boleh menjadi jauh. Jagalah niat ketika memberi teguran dan nasihat. Kerana niat yang baik itu akan membuahkan hasil yang baik.

SIKAP BERTOLERANSI.
Toleransi sangat digalakkan tatkala berdepan dengan hubungan dua hala supaya masing-masing dapat memahami situasinya dan tidak bertelagah antara satu sama lain. Mengalah tidak bererti kalah. Malah ketenangan dapat dirasai bila wujudnya tolak ansur. Sama-sama menang.

JANGAN MUDAH MENGALAH UNTU
K BERJAYA.
Orang yang gagal memberi alasan. Orang yang berjaya memberi hasil. Latihan yang konsisten sangat berhajat dalam menggapai kejayaan. Sekali gagal, cuba lagi. Orang yang gagal adalah mereka yang berhenti daripada terus berusaha. Tiada istilah gagal selagi ada usaha.

DALAM BELAJAR PERLU BERGURU.
Hal ini penting kerana mereka yang belajar tanpa berguru sebenarnya syaitanlah guru mereka. Sekiranya mereka berguru, segala salah dan silap dapat ditegur oleh guru kepada muridnya. Sedangkan bagi mereka yang belajar tanpa berguru maka tiada siapa yang akan memberi teguran dan membetulkannya andai ada salah dan silap. Tidak pelik jika kesalahan yang sama berulang kembali.

MEMAHAMI SITUASI SEBENAR SEBELUM MENGHUKUM.
Kita terlalu mudah menjatuhkan hukuman kepada orang lain sebelum menyelidiki dan mengetahui punca sebenar sesuatu masalah itu timbul. Tanpa bertanya dan memahami, terus saja menghukum seolah-olah kita mengetahui segalanya. Ingat, apa yang terlihat di mata belum tentu ia betul. Apa yang terdengar di telinga belum tentu ia benar. Apa yang terasa di hati belum tentu ia pasti. Apa yang terlintas di fikiran belum tentu ia boleh dijadikan hukuman. Fahami dahulu sebelum menghukum.

BERSANGKA BAIK.
Bersangka baiklah dalam semua keadaan sebelum kita bersangka buruk.
Bersangka buruk tidak membawa apa-apa kebaikan. Hanya dapat mengeruhkan keadaan, menyakitkan hati, memasamkan muka, merosakkan minda dan mengurangkan iman. Pilihlah untuk bersangka baik. Itu adalah amalan ahli syurga.

PUJI.
Semua orang suka dipuji walau ia tidak benar. Tiada yang suka dihina atau dikritik walau ia benar. Bukankah yang manis itu racun, yang pahit itu ubat? Bagi si pemuji, pujilah dengan hati yang telus ikhlas. Dalam memuji jangan sampai memuja. Kerana yang layak dipuja hanyalah Allah. Puji biar berpada-pada jangan berlebih-lebih. Berlaku adil dalam memuji agar tiada yang terasa hati. Pujian itu umpama ubat yang mampu memberi semangat & motivasi kepada yang dipuji. Pujian juga adalah hadiah dan sebagai tanda penghargaan kita ke pa
da mereka. Jadi usah lokek untuk memberi pujian kepada orang yang tersayang. Mulakan hari ini. Pujilah dengan semudah kata: "Pandai anak umi.., Bagus! cuba lagi ya.., Umi sayang anak umi ini.., Awak hebat!.. Tahniah kerana awak telah berjaya..., Terima kasih :) , Saya tahu awak boleh buat.., dll.
Percaya atau tidak, dengan pujian dan penghargaan yang ringkas itu, boleh memberi impak yang besar dan makna yang mendalam buat mereka. Kuasa pujian itu hebat. Mampu merubah dari yang lemah menjadi kuat. Yang layu menjadi jitu. Bagi yang dipuji pula, ingatlah kekurangan diri. Segala kelebihan, kecantikan dan kekuatan yang dimiliki itu adalah pinjaman dan kurniaan dari Ilahi. Pujilah kembali kepada yang hanya layak dipuji, Allah. "Haza min fadhli Rabbi"

MEMAAFKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN ORANG LAIN.
Meminta maaf memang mudah namun untuk memaafkan kesalahan orang lain kepada kita tidak semudah yang disangka. Katanya: "Senang-senang dia dah mencalarkan imej, merosakkan masa depan, menjatuhkan maruah, memalukan aku depan2... Aah.. tidak semudah itu untuk ku memaafkan dirimu."
Perasaan kesumat dendam tanpa ada kemaafan ia seolah-olah diibaratkan diri sendiri meminum racun dengan harapan agar orang lain mati. Sedangkan, mereka yang kita benci dan sakit hati dengannya, tidak terluka dan tidak memberi apa-apa kesan dengan kebencian dan dendam kita padanya. Jadi mengapa perlu kita membuang masa dan menyeksa diri?
Terlalu berkira-kira dalam memberi kemaafan. Akhirnya diri sendiri yang rugi. Hakikatnya, Kemaafan yang diberi adalah untuk diri sendiri. Hati menjadi senang. Dada menjadi lapang. Fikiran menjadi tenang. Paling utama, memberi kemaafan adalah antara ciri orang yang bertaqwa. Maafkanlah. Tidakkah kamu ingin Allah mengampunkan dosa-dosamu?

Akhir kata, anda hebat! Tahniah kerana berjaya membaca hingga tamat. Moga ketemu lagi. Terima kasih.

Nik Saiful Islam bin Nik Razi
10 Syawal 1435

Kredit Doktor Syed Noor
Dipetik dari group Telegram

Isnin, 23 Februari 2015

Seni Silat Gayong Selayang Pandang, Taman Klebang Impian

Berdasarkan kepada nama silat ini, iaitu Silat Seni Gayong, maka sistem pelajarannya adalah berasaskan kepada nama ini. Secara amnya, seseorang pesilat akan diajar pergerakan tangan dan kaki secara sistematik. Peringkat ini digolongkan sebagai pelajaran bersilat. Manakala peringkat kedua ialah bahagian seni. Peringkat seni ini ialah peringkat pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi tujuan membuat serang balas yang berkesan ke atas sasaran yang boleh melemahkan lawan.
Berdasarkan kepada nama silat ini, iaitu Silat Seni Gayong, maka sistem pelajarannya adalah berasaskan kepada nama ini. Secara amnya, seseorang pesilat akan diajar pergerakan tangan dan kaki secara sistematik. Peringkat ini digolongkan sebagai pelajaran bersilat. Manakala peringkat kedua ialah bahagian seni. Peringkat seni ini ialah peringkat pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi tujuan membuat serang balas yang berkesan ke atas sasaran yang boleh melemahkan lawan.
Latihan Silat Seni Gayong biasanya dijalankan di tempat yang tidak berbumbung - hanya dipagari dinding yang tinggi untuk menghalang sesiapa yang tidak berkenaan daripada memasuki gelanggang. Biasanya pesilat dalam sesuatu gelanggang boleh mencapai ke angka 50 orang atau lebih. Latihan Silat Seni Gayong dimulakan dengan upacara Membuka Gelanggang, iaitu dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan memanjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T. meminta agar dijauhkan segala mara bahaya semasa latihan sedang dijalankan. Selepas melakukan aktiviti pemanasan badan dan senaman gerakan asas(jurus), pesilat akan berpasangan untuk berlatih suatu siri pergerakan atau gerakan yang direka untuk menghindarkan serangan mengejut dan menyekat lawan daripada terus bertindak agresif(asas elakan/elak pukul). Biasanya terdapat beberapa orang pembantu jurulatih yang hadir untuk mengawal pasangan yang bergelut dan membetulkan mana-mana gerakan yang silap, jika perlu, tangkapan yang berbahaya serta gerakan serang balas yang dilakukan tanpa disedari.
Ahli-ahli baru melakukan latihan kekuatan fizikal selama sebulan untuk melonggarkan otot-otot dan tendon. Kemudian mereka berlatih untuk memperbaiki teknik menumbuk dan teknik asas menendang dan menangkis. Pergerakan menyerang hanya diajar dari peringkat bengkung Pelangi Hijau.Pemegang bengkung Pelangi Hijau juga diajar cara-cara mengunci pergerakan lawan, melepaskan tangkapan, jatuhan dan gulingan. Pesilat juga didedahkan kepada kawasan-kawasan berbahaya pada tubuh.
Kesemua gerakan yang dipelajari adalah bertujuan untuk membentuk kemahiran membuat serang balas. Walaupun pesilat dimahirkan dengan teknik menyerang menggunakan tangan dan kaki, tetapi ia hanyalah untuk membiasakan rakan sepelatih untuk bertindak balas ke atas serangan yang berasaskan kepada teknik tersebut. Serangan yang dibuat tanpa menggunakan kaedah yang betul amat mudah untuk dipatahkan, sebaliknya serangan yang terkawal dari segi sasaran, imbangan badan, dan penumpuan tenaga perlulah dipatahkan dengan kemas dan tepat. Maka untuk membuat serang balas yang berkesan, seseorang pesilat haruslah dimahirkan dengan serangan-serangan yang betul kaedahnya.
Kemahiran yang perlu diperoleh oleh pesilat dalam latihan silatnya ialah:

Gerakan membuka tapak dan serangan kaki dan tangan.
Gerakan serang balas jenis tangkapan - buah tapak kunci mati.
Gerakan serang balas ke atas kuncian - buah tapak kunci hidup.
Gerakan serang balas jenis pukulan - serangan harimau.
Gerakan jatuh pulih - senaman anak harimau.
Gerakan serangan bersenjata dan serang balas ke atas serangan bersenjata.
Latihan Silat Seni Gayong diakhiri dengan upacara Menutup Gelanggang, dan pesilat dikehendaki membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagaimana pada upacara Membuka Gelanggang.

Kebanyakan mata pelajaran yang diperturunkan oleh Mahaguru Dato' Meor Abd.Rahman adalah berupa tangkapan kunci mati. Tangkapan kunci mati ini boleh dikategorikan seperti berikut: melalui tangan kosong, serangan bersenjata ataupun gerak daripada kaki yang diserang oleh pihak musuh.
Silat Seni Gayong mempunyai 349 "seni", yang berupa seni tangkapan ku
nci mati(tangan kosong/bersenjata), serangan maut, buah pukulan, dan ulasan serangan balas(tapak hidup).Ini bermakna walau bagaimana sekali pun keadaan serangan pihak lawan, pesilat Seni Gayong masih mampu bertindak untuk menyelamatkan diri di samping dapat mematahkan serangan lawan.
Pelajaran dalam Silat Seni Gayong pada asalnya mempunyai tujuh buah tangkapan sahaja untuk setiap peringkat. Dari tujuh buah tangkapan ini kemudian dipecah-pecahkan sehingga menjadi 49 pecahan untuk setiap peringkat, baik dari peringkat tangkapan tangan kosong hinggalah ke peringkat Seni Gayong(permainan yang menggunakan senjata tradisi Melayu).
Secara umumnya, pelajaran di dalam Silat Seni Gayong dibahagikan kepada tujuh peringkat, iaitu:

Tapak Gayong
Seni Tapak Gayong
Seni Keris
Seni Simbat
Seni Yoi
Seni Belian
Seni Cindai

Tapak Gayong terdiri daripada segala pelajaran asas gerak tangan dan kaki, termasuk juga latihan senaman anak harimau dan tangkapan kunci mati(21 buah tapak kunci mati).
Seni Tapak Gayong merupakan lanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong. Pada peringkat ini pesilat diajar menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak supaya pesilat berkemampuan untuk membuat serang balas yang berkesan. Pelajaran pada peringkat ini termasuklah buah tapak kunci hidup(teknik membuka kuncian - 49 buah) di samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan.Juga pelajaran Pecahan Buah Tapak sebanyak (7x21) buah dan Serangan Maut/Buah Pukulan(21 buah).
Seni Keris merupakan pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.Mengandungi pelajaran Seni Keris(Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman), Seni Pisau(Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua)
Seni Simbat merupakan pelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas, dan lembing.Mengandungi pelajaran Seni Simbat/Tongkat(kunci dan permainan), Seni Simbat Suk/Cota(kunci dan permainan), Seni Tongkat Panjang/Tembung(kunci dan permainan), Seni Parang Panjang(kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua), permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai, permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing(kunci dan permainan), Seni Anak Tombak(kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi, Seni Tombak-Tekpi.

Seni Tapak Yoi merupakan pelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah pukulan bagi menentang serangan ramai(21 buah pukulan).

Seni Belian merupakan permainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan kebatinan.Juga dikenali sebagai Serangan Bapak Harimau
Seni Cindai merupakan pelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan(pukul-memukul) dan Cindai Betina(jerut-menjerut).Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai ialah: Sauk-sauk(21 buah), Tebar(21 buah), Serkap(21 buah), Kain Tudung(21 buah), Awang Bodoh(21 buah), Pukat(21 buah), dan Kalung Puteri(21 buah).

Selain daripada mata pelajaran yang disenaraikan di atas, terdapat juga mata pelajaran Seni Gerak Bayang,Gada-gada(rantai sepanjang 20 hasta dengan disambung besi pemberat di hujung), Seni Seligi, Seni Selayang pandang, Seni Serangan Rajawali, Seni Sundang Lipas, Mayang Gesit(senjata baling yang disorok bersama cucuk sanggul), Serbuk Beracun, Senjata Api(jarak dekat) seperti untuk menghadapi musuh bersenjata pistol dan senapang banet dan permainan-permainan lain lagi.

Pendek kata, di dalam Silat Seni Gayong terhimpun semua pelajaran silat yang terdapat di alam Melayu ini. Bak kata serangkap pantun Gayong:
Tahap pencapaian pelatih diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran. Terdapat lima jenis peringkat bengkung iaitu: Awan Putih, Pelangi Hijau, Pelangi Merah, Pelangi Merah Tinggi(Tiga Cula), Pelangi Kuning, Pelangi Kuning Tinggi(Lima Cula), Pelangi Hitam(Mulus), dan Harimau Pelangi Cula Sakti Hitam(Tujuh Cula). Murid Gayong hanya boleh sampai hingga ke peringkat Cula Keenam sahaja. Cula Ketujuh adalah hak Mahaguru.

Sekian, serba sedikit ilmu tentang seni gayong...

Dipetik dari Blogger

Rabu, 4 Februari 2015

Soal Jawab Pemuda dan Atheist

Soal jawab pemuda dan atheist

Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak te rsebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali
tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut oran g seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah
wafat.

SEBARKAN UNTUK MANFAAT UMAT.

Ini hujah imam Hanafi dengan addahri....ada dlm kitab darus samin.