Selasa, 19 Mei 2015

Kisah Barsisa dan Iblis

Kisah Barsisa
Kisah Barsisa ini adalah kisah teladan yang menunjukkan bahawa iblis sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia. Salah satu kelemahan manusia ialah nafsu syahwatnya. Barsisa adalah seorang ahli ibadah Bani Israil yang begitu kuat beribadah tetapi kurang berilmu serta tidak dapat mengetahui tipu daya iblis akhirnya mati dalam keadaan kafir. Kisah ini diambil dari buku Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah oleh Prof. Dr Haron Din dan Dr. Amran Kasimin cetakan tahun 1990 (buku ini tiada lagi di pasaran setelah digantikan dengan cetakan tahun 1997 - cetakan 1997 ini tidak lagi mencatatkan kisah Barsisa ini). Ikuti kisahnya...

Ibn Abbas r.a. mengisahkan bahawa pada zaman dahulu terdapat seorang lelaki yang sangat salih bernama Barsisa, yang telah beribadat di satu tempat ibadat selama 70 tahun. Dia tidak pernah melakukan maksiat biarpun sekelip mata.
Pada satu hari iblis telah mengumpulkan satu golongan syaitan yang bijak-bijak dan bertanya, siapakah di antara mereka yang sanggup membinasakan Barsisa. Mendengarkan pertanyaan itu, iblis bernama Si Putih berjanji akan melakukannya. Si Putih mengatur langkah dengan mencukur licin tengah-tengah kepalanya dan berpakaian seperti pakaian yang dipakai oleh Barsisa, yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang rahib yang salih dan ahli ibadah. Kemudian ia pergi ke tempat Barsisa beribadat. Setibanya di sana dia terus memberi salam, tetapi tidak mendapat jawapan. Barsisa tidak berhenti daripada sembahyangnya kecuali setelah 10 hari. Ia hanya berhenti makan sekali dalam 10 hari. Melihatkan Barsisa tidak memperdulikannya, Si Putih pun ikut Barsisa sembahyang dan beribadat. Apabila Barsisa berhenti sembahyang, ia ternampak Si Putih sedang berdiri sembahyang seperti kelakuan seorang ahli ibadat.
Melihatkan demikian dia berkata:
“Saudara memanggil saya ketika sembahyang tadi. Apa hajat saudara?”
“Hajat saya, saya ingin bersama tuan. Berguru kepada tuan. Agar dapat saya beribadah seperti yang tuan lakukan. Kita sama-sama beribadat. Tuan berdoa kepada Allah untuk diri saya dan saya berdoa untuk tuan”. Tegas Si Putih pendek.
Sayang sekali saya tidak dapat memenuhi permintaan saudara. Apabila saudara telah termasuk dalam golongan orang yang beriman, ini bermakna saudara termasuk dalam doa saya kepada Allah apabila dikabulkan”.
Barsisa kembali beribadah meninggalkan Si Putih. Si Putih meneruskan ibadahnya dengan berpura-pura bersembahyang tanpa dilihat oleh Barsisa selama 40 hari. Bila ia berhenti sembahyang dilihatnya Si Putih masih lagi sembahyang. Melihatkan kesungguhan sedemikian rupa, Barsisa bertanya,
“Apa sebenarnya hajat saudara?”
“Hajat saya ingin beribadat bersama tuan”. Jawab Si Putih dengan penuh hati-hati.
“Kalau boleh, dapat kiranya tuan izinkan saya naik ke tempat tuan beribadah”.
“Barsisa mula tertarik hati kepada Si Putih lalu mengizinkannya naik. Kemudian ia pun beribadah semula bersama-sama Si Putih selama setahun, tanpa makan kecuali selepas 40 hari, dan tidak berhenti sembahyang kecuali sekali setiap 40 hari. Kadang-kadang sampai 80 hari.
Melihat kesungguhan Si Putih, Barsisa merasa kesal terhadap perkara yang telah dilakukan. Dalam masa yang sama dia merasa kagum dengan ibadah yang dilakukan oleh Si Putih. Setelah cukup setahun, Si Putih berkata kepada Barsisa.
“Saya mahu pergi sekejap untuk menemui teman”.
Barsisa merasa berat hendak berpisah dengan temannya tetapi ia terpaksa melepaskannya pergi. Ketika hampir pergi Si Putih berkata kepadanya.
“Sebelum saya pergi saya ingin mengajar tuan beberapa doa. Tuan boleh dunakan untuk mengubati pesakit terutamanya orang yang menderita gila”.
“Saya tidak memerlukannya. Saya takut bila orang ramai tahu, mereka akan datang berjumpa dengan saya. Semuanya ini akan mengganggu ibadah saya kepada Allah.” Barsisa menjawab dengan ikhlas.
Si Putih tetap mengajarnya ilmu tersebut. Kemudian ia beredar menemui iblis. Iblis berkata kepadanya bahawa Barsisa akan binasa.
Si Putih telah berjumpa dengan seorang lelaki, lalu mencekiknya. Kemudian ia datang menjelma dirinya berlagak seperti seorang yang pa ndai mengubati penyakit lalu menemui keluarga lelaki tersebut dan berkata.
“Saudara kamu kena rasuk hantu. Adakah kamu perlukan saya merawatnya?” Mereka semuanya menjawab mengatakan benar.
“Maaf, saya tidak berupaya mengubati sakitnya… tetapi, rasanya elok kalau saya tunjukkan seorang lelaki yang boleh mengubatinya dengan cara berdoa kepada Allah. Dia akan sembuh.” Si Putih mula membuat helah.
Lalu ia memberitahu Barsisa. Keluarga pesakit dengan segera menemui Barsisa dan memohon pertolongan daripadanya. Apabila Barsisa membaca doa yang diberi oleh iblis dahulu, maka pesakit pun sembuh.
Demikianlah halnya yang dilakukan oleh Si Putih kepada beberapa orang lain. Setiap kali melakukannya dan orang yang berkenaan sakit, ia akan menjelmakan dirinya dan memberitahu kepada keluarga pesakit ke mana seharusnya mereka pergi untuk mendapatkan pertolongan.
Akhirnya Si Putih pergi kepada seorang perempuan muda dari golongan ternama Bani Israil lalu menyeksa dan mencekiknya. Kemudian ia menjelmakan diri berlagak seperti seorang lelaki yang pandai mengubati penyakit lalu menemui keluarga perempuan tadi.
“Adakah saya perlu merawatnya.” Tanya Si Putih pura-pura.
“Ya”. Jawab mereka semua dalam kecemasan.
“Perempuan ini dirasuk syaitan. Sayangnya saya tidak berupaya hendak mengubatinya. Tetapi kalau tuan-tuan mahu, tuan-tuan boleh berjumpa dengan seorang lelaki yang banyak ilmu, dia boleh mengubati orang kena rasuk. Kamu bawa perempuan itu kepadanya. Bila ia sakit dirasuk syaitan dia akan berdoa kepada Allah dan pesakit akan sembuh.” “Bagaimana kita semua hendak berbuat demikian. Dia seorang lelaki ternama lagi tinggi martabatnya?” Tanya keluarga perempuan tersebut.
“Itu mudah sahaja. Tuan-tuan boleh bina sebuah biara berhampiran dengan biaranya. Barsisa akan mengubatinya. Kalau dia enggan merawat, tinggalkan sahaja perempuan di biara. Sakitnya parah dan tidak mudah sembuh.” Si Putih memberi jalan.
Keluarga perempuan itu pun melakukan apa yang telah disyorkan oleh Si Putih. Setelah biara dibinam perempuan itu pun ditinggalkan di situ, menyerahkannya kepada Barsisa untuk dirawat. Setelah itu mereka pun memohon diri pulang.
Tatkala Barsisa berhenti sembahyang, matanya tertumpu kepada perempuan yang begitu cantik, menjadikan hatinya berdebar-debar tertawan melihatnya. Ketika itu syaitan pun datang dan mencekik perempuan tadi. Barsisa datang merawatnya dengan membaca doa yang diberi oleh syaitan dahulu lalu sembuh. Setelah itu dia pun kembali sembahyang semula. Syaitan datang lagi dan mencekiknya. Barsisa datang untuk mengubatinya. Ketika itu si perempuan yang sedang sakit itu tidak sedarkan diri pakaiannya terlucut dari badan. Syaitan datang membisikkan di hati Barsisa, serta mengapi-apikannya supaya melakukan zina. Ini adalah peluang keemasan yang tidak mudah diperolehi. Selepas itu dia boleh bertaubat. Dia akan memperolehi apa yang dia mahu. Begitulah bisikan dan godaan iblis syaitan berulang kali. Akhirnya Barsisa tidak berupaya hendak mengawal dirinya lalu melakukan zina. Dia mengulangi perbuatannya tadi beberapa kali hingga perempuan itu besar kandungannya.
Ketika itu Si Putih menemui Barsisa dan berkata:
“Alangkahnya celakanya engkau wahai Barsisa. Kau telah melakukan perbuatan jenayah. Melakukan zina dengan perempuan yang diamanahkan kepada kau. Tidakkah kau malu bila keluarganya datang dan melihat anaknya hamil”?
Barsisa begitu terperanjat dan menyedari perbuatannya yang terlanjur. Melihat keadaan yang demikian, Si Putih berkata,
“Untuk mengelakkan diri daripada kecelakaan, mungkin kau perlu bunuh perempuan itu. Nanti bila saudara-saudaranya datang, katakana pada mereka yang perempuan itu telah dirasuk syaitan, kau tidak berupaya merawatnya…”
Hasutan Si Putih masuk dalam hatinya lalu dia masuk ke bilik perempuan tadi dan membunuhnya. Kemudian Barsisa membawa mayat itu keluar dan menanamnya di tepi sebuah bukit. Syaitan datang ketika Barsisa menanam mayat di waktu malam, lalu ia menarik keluar hujung kainnya dan ditinggalkan nampak di atas tanah.
Setelah itu Barsisa balik ke tempat ibadahnya dan bersembahyang. Tiba-tiba datanglah sau d
ara mara perempuan tadi bertanyakan hal. Barsisa memberitahu apa yang diajar oleh Si Putih dengan mengatakan bahawa perempuan itu telah dirasuk syaitan lalu lari. Ia tidak berupaya hendak mengubatinya. Mereka percaya kata-kata Barsisa lalu beredar pergi.
Ketika tidur syaitan datang dalam mimpi saudara lelaki yang tua, memberitahu bahawa Barsisa telah membunuh adiknya dan menanamnya di tepi sebuah bukit. Ia tidak percayakan mimpinya dan mengatakan perkara yang dilihatnya dalam mimpi itu adalah daripada syaitan. Tidak mungkin Barsisa berbuat demikian kerana dia adalah seorang alim.
Mimpi yang sama terjadi selama 3 malam berturut-turut tetapi tidak dipedulikan olehnya. Syaitan datang kepada saudara lelakinya yang tengah dan mendatangkan mimpi yang sama. Dia juga tidak mempercayai mimpi tersebut. Kemudian syaitan pergi kepada saudaranya yang paling muda dan mendatangkan mimpi yang sama seperti yang dilakukan kepada saudara-saudaranya yang lain. Saudara yang muda ini telah memberitahu abang-abangnya tentang perkara yang telah dilihat dalam mimpinya. Akhirnya, mereka mengaku bermimpikan mimpi tentang hal yang sama.
Keesokan harinya mereka pergi menemui Barsisa, bertanyakan hal yang sebenar. Bersisa memberitahu mereka seperti jawapan yang lalu, lantas mereka beredar pergi. Ketika hendak pergi, iblis datang dan berkata bahawa saudara perempuan mereka ditanam di tepi bukit. Hujung kainnya terkeluar dari tanah. Mendengarkan cerita tersebut mereka semua pun pergi ke tempat yang dikatakan oleh syaitan tersebut. Mereka mendapati hal tersebut benar belaku.
Mereka semua kembali bersama kanak-kanak yang membawa kapak dan alat-alat lain lalu merobohkan rumah ibadah abid dan menangkapnya untuk diserahkan kepada raja. Barsisa mengaku yang dia telah berzina dengan perempuan yang berkenaan dan membunuhnya bila ia mengandung.
Ketika Barsisa dinaikkan ke atas tiang salib, syaitan datang bertanya.
“Adakah kau kenal aku?”
“Tidak”. Jawab Barsisa pendek.
“Akulah temanmu yang mengajar engkau doa-doa, maka aku perkenankan permintaanmu. Alangkah celakanya engkau. Engkau tidak malu kerana mengkhianati amanah yang dipertaruhkan kepadamu. Sesungguhnya aku sangka engkau adalah orang yang paling patuh dan taat perintah Tuhan dari kalangan Bani Israil. Kau tidak malu. Akulah yang menipu engkau.”. Si syaitan menyambung.
“Kau sekarang akan menjalani hukuman mati. Tidak ada seorang pun yang boleh menyelamatkan engkau… tetapi aku boleh melakukannya.”
“Apa yang patut kau lakukan.” Harapan Barsisa kepada syaitan.
“Berikan aku satu percubaan terakhir supaya aku boleh selamatkan kau daripada kesengsaraan ini. Aku akan dapat menutup pandangan mereka dan mengeluarkan kau dari tempatmu.” Jawab Syaitan.
“Apa dia” Tanya Barsisa lagi.
“Engkau sujud kepadaku.”
“Baik. Aku akan lakukan.” Barsisa berjanji akan sujud.
Ketika sujud iblis berkata, “Inilah yang aku mahukan darimu selama ini. Iaitu mengajak kau menjadi kafir. Kau akan menanggung akibat perbuatanmu dan aku takut kepada Tuhan.” Lalu iblis pun meninggalkan Barsisa.
Ketika itu juga Barisa menerima tikaman tombak dan panah. Ia mati dalam keadaan kafir.

Demikianlah kesudahan seorang ahli ibadah yang telah menghabiskan masa hampir 80 tahun dengan beribadah sahaja dan tidak pernah melakukan maksiat akhirnya berjaya ditewaskan oleh iblis laknatullah. Apatah lagi kita yang ibadahnya tidak pernah sempurna.. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita hingga ke akhir hayat.
Iktibar dari kisah Barsisa (reloaded)

1. BARSISA INGIN SELALU KELIHATAN LEBIH HEBAT DARI HAMBA ALLAH YANG LAIN.
Jangan sekali2 kita (ingin) merasa lebih hebat, mulia atau istimewa dari orang lain dan selalu ingin dipuji. Ini adalah warisan sifat Iblis yang sombong. Dia tidak mau diperintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam, karena dirinya merasa hebat dan mulia dari Nabi Adam as. Jadilah hamba Allah yang tunduk kepada aturan dan perintah Allah.

2. BARSISA BERGURU KEPADA GURU YANG TIDAK JELAS ATAU TERPUTUS SANAD SILSILAHNYA.
jangan gopoh dan malas ketika mencari guru, hanya karena janji-janji muluk, untuk menjadi orang yang istimewa lebih dari orang lain. Carilah guru yang ilmunya bersanad silailah dari guru-guru yang bersambung dengan Rasulullah SAW demikian pula guru tariqat, maka carilah guru Tariqat yang punya sanad silsilah tariqat yang jelas bersambung dengan Rasulullah SAW..

3. BARSISA TERTIPU OLEH JANJI MULUK YANG MEMATIKAN AKAL DAN MEMBUTAKAN HATI, SEHINGGA ILMU YANG ADA PADA BARSISA SEPERTI TIDAK ADA MANFAATNYA.
Teruslah mencari dan mengkaji ilmu agama bersama guru yang bersanad terutama sebab ilmu mencerahkan akal dan menghidupkankan hati. serta dapat membimbing kita. Jangan melulu, dengan membiarkan akal dan hati lemah, karena malas menuntut ilmu. Guru yang bersambung sanad dengan Rasulullah SAW, tak akan membiarkan muridnya jahil

4. BARSISA MERASA BERTUAH MENDAPAT “ILMU TAJDID” BAHWA UNTUK DAPAT MENCAPAI NIKMAT BARTAUBAT DAN BERIBADAH KEPADA ALLAH MESTI BERBUAT MAKSIAT TERLEBIH DAHULU, SATU ILMU YANG TAK PERNAH DIAJARKAN OLEH NABI DAN ULAMA SEBELUMNYA.
Dengan ilmu agama, kita terjaga dari kejahilan, mencari jalan pintas untuk mendapat taqwa, dengan cara yang tak pernah diajarkan Rasul SAW, dan ulama amilin. Tegakkan syariat, kuatkan tauhid, berdisiplin dalam bertariqat. Tidak akan pernah seseorang dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan memulakan maksiat kepada Allah.

5. BARSISA MENGULANGI KESALAHAN SECARA TERUS MENERUS DAN MEMBIARKAN DIRINYA DITIPU SECARA BERULANG-ULANG.
Sebagai manusia wajar jika kita melakukan kesalahan, karena kejahilan atau keterlanjuran hawa nafsu kita. Jika sedar telah berbuat salah, segeralah bertaubat di atas kesalahan ini dan jangan mengulangi kesalahan yang sama. Rasul SAW bersabda: orang Mukmin tidak akan masuk lubang yang sama dua kali.

6. BARSISA BERUSAHA MENUTUPI KESALAHANNYA DARI MANUSIA, BARSISA MENJADI LEBIH TAKUT KEPADA MANUSIA DARI PADA KEPADA ALLAH SWT.
Kuatkan tauhid dan rasa ihsan kepada Allah. Sesungguhnya cukup Allah sebagai saksi kepada hati dan segala amal kita. Jangan berpura-pura di hadapan manusia untuk mendapat penghargaan dan pujian dari manusia, ini membuat kita tidak takut akan maksiat yang kita sembunyikan, sesungguhnya Allah senantiasa Melihat dan Mengetahui perbuatan kita.

7. BARSISA TIDAK MAU MENDENGAR INGATAN DAN NASEHAT DARI ORANG LAIN, WALAUPUN JELAS KEBENARAN YANG TELAH DISAMPAIKAN ITU
Jangan sekali-kali angkuh menolak nasehat orang lain, walaupun berasal dari orang yang kita anggap dibawah kita.atau kita zalimi, apalagi nasihat ulama. Setiap ingatan/teguran dari manusia, hakikatnya adalah dari Allah SWT. Rasul SAW bersabda: orang yang sombong adalah orang yang menganggap remeh orang lain dan menolak kebenaran.

8. KARENA EGONYA, BARSISA TETAP SETIA KEPADA GURUNYA YANG TELAH MENIPUNYA. HUKUMAN YANG DIJATUHKAN, KARENA MAKSIAT YANG DILAKUKANNYA, DIRASAKAN SEBAGAI UJIAN DAN BUKANNYA AZAB DAN INGATAN DARI ALLAH SWT.
Selalu muhasabah diri. Ada kalanya mushibah yang menimpa kita bukanlah semata-mata ujian. Boleh jadi ianya adalah azab dan ingatan dari Allah karena maksiat kita kepada Allah. Apalagi jika mushibah itu datang berulang-ulang dan secara berterusan.

9. MAKA BARSISA TETAP TEGAR MENGHADAPI NASIBNYA ITU. DIA SEMAKIN TAAT BERHABIS-HABISAN DAN BERKORBAN UNTUK MENDAPAT KEBEBASAN YANG DIJANJIKAN.
Tipuan iblis yang paling dahsyat adalah janji palsu, sehingga membuat diri taksub buta, merasa diri benar  sedang sebenarnya dalam keadaan tersesat. Ini membuat kita mempertahankan kesesatan dengan berhabis2an walaupun sudah jelas kesalahan
dan kesesatannya. Jangan percaya kepada janji yang tak bersandarkan Quran dan Sunnah, Disinilah peranan ilmu yang menghidupkan akal dan hati amat penting

10. KARENA SUDAH LEMAH TUBUH DAN JIWA SEBAB TERLALU JAUH DISESATKAN IBLIS, AKHIRNYA BARSISA MENYERAH KEPADA SEMUA ARAHAN IBLIS. BARSISA YANG DAHULUNYA ORANG SOLEH AHLI IBADAH SELAMA BERPULUH TAHUN MATI DALAM KEADAAN MUSYRIK, OLEH SEBAB TIPUAN KEROHANIAN KEPADANYA SECARA SEDIKIT DEMI SEDIKIT..
Jangan putus asa kepada rahmat Allah, walaupun kita dalam keadaan lemah lahir dan batín, karena keadaan jasad sudah lemah atau usia sudah tua, jiwa pun sudah lemah sebab sudah terlalu jauh tersesat, tetap jangan putus asa kepada rahmat Allah. Ingatlah Rahmat Allah itu luas, dan Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita selama kita sempat bertaubatt nasuha sedang hayat masih dikandung badan.
Pengajaran
Betapa hebatnya ibadah dan ketaatan seseorang, tidak serta merta menjadi jaminan dia akan menjadi penghuni syurga.
Begitu juga, ketaatan dan kesolehan seseorang tidak menjadi jamian bahawa dia akan selamat dari pujuk rayu syaitan yang ingin menyesatkannya. Hal itu bertujuan agar manusia tidak merasa angkuh atau sombong dengan ibadahnya yang banyak.
Syaitan telah bersumpah akan menyesatkan manusia dari jalan Allah dengan cara apapun. Hal itu diungkapkan Allah swt dalam surat al-A'raf [7]: 16-17
Ertinya: “Iblis menjawab:" kerana Engkau telah menghukum saya sesat, maka saya pasti akan menyesatkan mereka dari jalanMu yang benar . Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”

Khamis, 7 Mei 2015

Sakit itu suatu nikmat

16 Rejab 1436H
05 Mei 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Sakit itu satu nikmat

Kadangkala dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit. Allah ujinya dengan kesakitan.
Kadangkala manusia tidak perasan, Allah sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah. Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat.

Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita inginkan adalah sihat.

Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit mengundang peringatan.

Ada pepatah berkata:
"Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan"

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
"Sesungguhnya Aku boleh menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja"

Allah SWT berfirman:
"Demi Sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar"
(Al-Baqarah: 155)

"Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?"
(At-Taubah: 126)

Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita. Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia. Manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa pada hakikatnya, kita langsung tidak patut mendongak (menengok ke atas) bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah pada hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan? Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?

Allah SWT berfirman:
"Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu"
(Asy-Syura: 30)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk"
(Al-Baqarah: 155-157)

Justeru, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah ditempuhi dengan sabar, redha  dan bertawakal kepada-Nya. Terus menerus berusaha mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yang dihadapi akan lebih baik daripada sebelum ini.
والله أعلم بالصواب..

Dipetik Dari group WhatsApp

Sabtu, 2 Mei 2015

Himpunan Fakta fakta Alquran

HiBAB 1: AL-QURAN (Fizikal)

Fakta 1 :
Apakah maksud Al-Quran?

> Al-Quran adalah Kalamullah, diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai mukjizat melalui Malaikat Jibril A.S dalam bahasa arab sebagai panduan kepada manusia.

> Ia ditulis pada Mashaf dan dikira ibadah apabila membacanya. Dimulai dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Naas serta disampaikan kepada kita secara Mutawatir.

Fakta 2 :
Apakah bacaan Qiraat yg diamalkan oleh kebanyakan umat Islam sedunia termasuk Malaysia?

> Qiraat riwayat Hafs An A'sim.

Fakta 3:
Apakah surah terpanjang dan terpendek dalam Al-Quran?

> Surah terpanjang ialah Surah Al-Baqarah manakala surah terpendek ialah Surah Al-Kauthar.

Fakta 4:
Apakah ayat yg terpanjang dalam Al-Quran?

> Ayat yg terpanjang dikenali sebagai 'ayat hutang' iaitu ayat 282 Surah Al-Baqarah.

Fakta 5:
Berapa banyakkah jumlah Surah Makkiyyah dalam Al-Quran?

> Jumlahnya ialah sebanyak 86 Surah.

Fakta 6:
Berapa banyakkah jumlah Surah Madaniyyah dalam Al-Quran?

> Jumlahnya ialah sebanyak 28 Surah
Fakta 7:
Berapakah jumlah ayat Makkiyah dalam Al-Quran?

> Jumlahnya ialah sebanyak 4475 ayat.

Fakta 8:
Berapakah jumlah ayat Madaniyyah dalam Al-Quran?

> Jumlahnya sebanyak 1761 ayat.

Fakta 9:
Berapakah jumlah ayat Sejadah (ayat sujud) dalam Al-Quran?

> Sebanyak 15 ayat iaitu:
1) Surah Al-A'raf ayat 206
2) Surah Ar- Ra'd ayat 15
3) Surah An-Nahl ayat 49
4) Surah Al-Isra' ayat 107-109
5) Surah Maryam ayat 58
6) Surah Al-Hajj ayat 18
7) Surah Al-Furqan ayat 60
8) Surah An-Naml ayat 25
9) Surah As-Sajadah ayat 15
10) Surah Fussilat ayat 37 dan 38
11) Surah Sood ayat 24
12) Surah An-Najm ayat 62
13) Surah Al-Insyiqoq ayat 20-21
14) Surah Al-Alaq ayat 19
15) Surah Al-Hajj ayat 77

Fakta 10:
Apakah perkataan terpanjang di dalam Al-Quran?

> Perkataan 'Fa'asqoinaakumuuhu' dalam Surah Al-Hijr, ayat 22.
Ralat:- Fakta  11,  setelah diteliti,:- ayat 154 Surah A'li Imran mmg tepat ada kesemua huruf Hija'iyyah dari Alif hingga Ya'. Tetapi, surah satu lagi saya rasa ada kesilapan typing oleh penulis. Surah Al-Hujurat hanya mengandungi 18 ayat. Jadi ia silap. Harap maaf.

Fakta 12:
Berapa kalikah perkataan 'Allah' disebutkan dalam Al-Quran?

> Lafaz perkataan 'Allah' disebut sebanyak 2697 kali dalam Al-Quran.
Fakta 13:
Berapakah jumlah perkataan 'Muhammad' disebut dalam Al-Quran?

> Sebanyak 4 kali, iaitu:-
1) Surah Ali-Imran ayat 144
2) Surah Muhammad ayat 2
3) Surah Al-Fath ayat 29
4) Surah Al-Ahzaab ayat 40

Jumaat, 1 Mei 2015

Kehebatan Senyum dan Bermanis Muka

KEHEBATAN SENYUM DAN BERMANIS MUKA

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah" (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Senyum adalah salah satu sunnah dan akhlak Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling banyak senyumannya. Senyuman baginda adalah untuk kawan dan lawannya.

Senyum yang tulus, datang dari hati yang tulus. Suatu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Senyum terjadi hanya sekejap, tetapi kenangannya kadang berlangsung selamanya. Tersenyumlah! kerana senyum itu tidak mahal. Hanya perlu sedetik untuk mengubah bentuk bibir menjadi senyum. Dan hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyum untuk kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati.

1. Senyum Membuat Anda Mempunyai Ramai Teman
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa.

2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum Menghilangkan Stress
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Senyum Meningkatkan Imuniti
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Kajian mencatat bahawa tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

Senyum mencipta suasana kebahagiaan di sekitar kita, Senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan, keceriaan bagi yang kecil hati dan kegembiraan bagi yang sedih.

Senyum tidak boleh di beli, kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berguna bagi sesiapa sampai senyum itu diberikan. Jika kamu harus menemui seseorang yang terlalu letih untuk memberi senyuman. Berikan satu senyuman yang tulus untuk mereka. Kerana tidak ada yang lebih memerlukan senyuman daripada orang-orang yang tidak mempunyai senyuman lagi untuk diberikan.

Senyum dan bermanis muka juga adalah salah satu medium dakwah. Untuk berdakwah manusia kepada Allah, tak semestinya perlu pandai beercakap. Malah dengan senyuman itupun adalah satu bentuk dakwah.

Sebuah senyuman akan selalu diterima, kerana senyuman akan membuka pintu dan hati seperti anak kunci. Berikan setiap senyum anda untuk semua orang, kerana satu senyuman memberikan keceriaan pada semua orang.

Akhir kata mungkin kita tidak dapat membantu seseorang itu dengan wang ringgit ketika mereka didatangi kepayahan, kemurungan dan seumpamanya. Namun dengan senyuman yang ikhlas mungkin sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan jiwa pada orang lain.

SILA SHARE DAN SEBARKAN SENYUMAN ‍‌‌‌‌‌‌‌‍‍‌��‌‌‌‌‍‌‍

Dipetik dari Grup Whatsapp

Ahad, 26 April 2015

Minda Positif

Minda Positif.

Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda semakin tidak menyeronokkan? Ustaz kata lihatlah sesuatu yang Allah takdirkan dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri. Contoh2 yang diberikan.

• Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurang. Nafsu makan sudah tiada. Hikmahnya : Perbanyakkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.

• Bila tua, kerap terjaga di waktu malam dan mata sukar lelap kembali.
Hikmahnya : Bangunlah untuk berkiamulail, mengerjakan solat2 sunat seperti tahajud, solat taubat dan lain-lain. Barangkali sewaktu muda tidak pernah melakukannya, maka Allah bagi peluang utk melakukannya sebelum berakhir usia.

• Bila tua, sudah tidak gemar menonton tv. Tidak lagi ada rancangan tv yang diminati.
Hikmahnya : Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca AlQuran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusaha lah untuk khatam. Paling tidak pun sekali setahun.

• Bila tua dan sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu senggang. Anak-anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, jadi kita boleh mengurus masa dengan lebih bermanfaat. Sisa2 usia yg Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal2 berfaedah yg manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dengan ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 program yg berfaedah.

Wallahualam. Sekadar berkongsi.

Dipetik Dari Telegram

Ahad, 19 April 2015

Sahabat Yang Baik

✨SAHABAT YG BAIK��

�� ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻔﺎﺭﻭﻕ ﻋﻤﺮ ﺑﻦ ﺍﻟﺨﻄﺎﺏ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ :
"ﻣﺎ ﺃﻋﻄﻲ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﺑﻌﺪ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﻧﻌﻤﺔ.. ﺧﻴﺮﺍﹰ ﻣﻦ ﺃﺥ ﺻﺎﻟﺢ، ﻓﺈﺫﺍ ﻭﺟﺪ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﻭﺩﺍﹰ ﻣﻦ ﺃﺧﻴﻪ ﻓﻠﻴﺘﻤﺴﻚ ﺑﻪ."

��Umar Ibn Khathab r.a., berkata, "Tidak ada nikmat yg diberikan kepada seorang hamba setelah Islam yg lebih baik dari sahabat yg soleh, maka apabila salah seorang dari kalian telah mendapatkan cinta dari sahabat solehnya, hendaklah ia menggenggamnya dgn kuat��

�� ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ:
" ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﻟﻚ ﺻﺪﻳﻖ - ﻳﻌﻴﻨﻚ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻄﺎﻋﺔ - ﻓﺸﺪ ﻳﺪﻳﻚ
ﺑﻪ؛ ﻓﺈﻥ ﺍﺗﺨﺎﺫ ﺍﻟﺼﺪﻳﻖ ﺻﻌﺐ ﻭﻣﻔﺎﺭﻗﺘﻪ ﺳﻬﻠﺔ .."

��Imam Syafi'i berkata, "Apabila engkau memiliki sahabat yg mengingatkanmu pd ketaatan, maka genggamkanlah kedua tanganmu erat2 kepadanya! karena mendapatkan sahabat itu sulit, sedang meninggalkannya mudah��

�� ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﺍﻟﺒﺼﺮﻱ :
ﺇﺧﻮﺍﻧﻨﺎ ﺃﺣﺐ ﺇﻟﻴﻨﺎ ﻣﻦ ﺃﻫﻠﻨﺎ ﻭﺃﻭﻻﺩﻧﺎ، ﻷﻥ ﺃﻫﻠﻨﺎ ﻳﺬﻛﺮﻭﻧﻨﺎ ﺑﺎﻟﺪﻧﻴﺎ ﻭﺇﺧﻮﺍﻧﻨﺎ ﻳﺬﻛﺮﻭﻧﻨﺎ ﺑﺎﻵﺧﺮﺓ، ﻭﻣﻦ ﺻﻔﺎﺗﻬﻢ: ﺍﻹﻳﺜﺎﺭ

��Hasan Al-Basri berkata, "Kami lebih mencintai sahabat2 kami dari istri dan anak2 kami, karena keluarga kami mengingatkan kami akan dunia, sedang sahabat kami mengingatkan akan akhirat, dan diantara sifat mereka adalah itsar��

�� ﻭﻗﺎﻝ ﻟﻘﻤﺎﻥ ﺍﻟﺤﻜﻴﻢ ﻻﺑﻨﻪ :
ﻳﺎﺑﻨﻲ؛ ﻟﻴﻜﻦ ﺃﻭﻝ ﺷﻲﺀ ﺗﻜﺴﺒﻪ ﺑﻌﺪ ﺍﻹﻳﻤﺎﻥ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺃﺧﺎ "ﺻﺎﺩﻗﺎ"
ﻓﺈﻧﻤﺎ ﻣﺜﻠﻪ ﻛﻤﺜﻞ " :ﺷﺠﺮﺓ" ، ﺇﻥ ﺟﻠﺴﺖ ﻓﻲ ﻇﻠﻬﺎ ﺃﻇﻠﺘﻚ
ﻭﺇﻥ ﺃﺧﺬﺕ ﻣﻨﻬﺎ ﺃﻃﻌﻤﺘﻚ ﻭﺇﻥ ﻟﻢ ﺗﻨﻔﻌﻚ ﻟﻢ ﺗﻀﺮﻙ ..

��Luqman yang bijak menasehati anaknya. Dia berkata, "Wahai putraku.. hendaklah perkara pertama yg engkau cari setelah iman kepada Allah, adalah sahabat yang jujur. Sesungguhnya sahabat yg jujur itu seperti pohon yg rindang. Jika engkau duduk di bawah naungannya, dia akan menaungimu, jika engkau mengambil sesuatu darinya, dia akan mengenyangkanmu dan jika dia tidak bermanfaat bagimu, dia tidak mencelakakanmu��

��ﻣﺮﺽ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺫﺍﺕ ﻳﻮﻡ ﻭﻻﺯﻡ ﺍﻟﻔﺮﺍﺵ، ﻓﺰﺍﺭﻩ ﺻﺪﻳﻘﻪ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠﻪ، ﻓﻠﻤﺎ ﺭﺃﻯ ﻋﻠﻴﻪ ﻋﻼﻣﺎﺕ ﺍﻟﻤﺮﺽ ﺍﻟﺸﺪﻳﺪ ﺃﺻﺎﺑﻪ
ﺍﻟﺤﺰﻥ ... ﻓﻤﺮﺽ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺃﻳﻀﺎ

Satu hari, saat imam Ahmad rahimahulla menderita suatu penyakit yg menyebabkannya tdk dapat bangkit dari kasurnya, sahabat baiknya, imam Asy-Syafi'i rahimahullah datang menjen
guknya. Ketika imam Syafi'i melihat kondisi penyakit yg dialami sahabatnya, beliau sangat bersedih... hingga akhirnya beliau pun jatuh sakit.

ﻓﻠﻤﺎ ﻋﻠﻢ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﺬﻟﻚ .
ﺗﻤﺎﺳﻚ ﻧﻔﺴﻪ ﻭﺫﻫﺐ ﻟﺮﺅﻳﺔ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﻓﻲ ﺑﻴﺘﻪ ..
- ﻓﻠﻤﺎ ﺭﺁﻩ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﻗﺎﻝ :
ﻣﺮﺽ ﺍﻟﺤﺒﻴﺐ ﻓﺰﺭﺗﻪ
       ﻓﻤﺮﺿﺖ ﻣﻦ ﺍﺳﻔﻲ ﻋﻠﻴﻪ
ﺷﹹﻔﻲ ﺍﻟﺤﺒﻴﺐ ﻓﺰﺍﺭﻧﻲ
       ﻓﺸﹹﻔﻴﺖ ﻣﻦ ﻧﻈﺮﻱ إليه

��Saat imam Ahmad mengetahui berita itu, beliau menguatkan dirinya dan sgr pergi menjenguk imam Syafi'i ke rumahnya.
Ketik imam Syafi'i melihatnya datang, beliau berkata, "Saat sahabat baikku sakit, aku datang menjenguknya, hingga aku pun sakit karena kesedihanku akan keadaannya. Kini.. sahabat baikku telah sembuh dan datang menjengukku. Sungguh.. saat ini aku pun telah merasa sembuh karena melihat keadaannya��

��ﺍﻟﻠﻬﻢ.. ﺍﺭﺯﻗﻨﺎ ﺍﻟﺼﺤﺒﺔ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﺔ..!

Ya Allah.. karuniakanlah pd kami sahabat2 yg baik..!

��ﺍﻟﻤﺤﺒﺔ ﻓﻲ ﺍﻟﻠﻪ.. ﻧﻌﻤﺔ ﻣﻦ ﺍﻟﻠﻪ.. ﻭﺍﻟﺘﻮﺍﺻﻞ ﻣﻊ ﺍﻷﺣﺒﺔ ﺃﻧﺲ ﻭﻣيسرة.. ﻫﻢ ﻟﻠﻌﻴﻦ ﻗﺮﺓ..

Saling mencintai karena Allah adalah karunia-Nya, dan saling menyambung hubungan dgn orang2 yg dicintai adalah wujud kasih sayang yg memberi kemudahan. Mereka adalah pelipur lara.. penyejuk pandangan..

��ﻓﺴﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﻣﻦ ﺩﺍﻡ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﺫﻛﺮ ﻫﻢ.. ﻭﺇﻥ
ﻏﺎﺑﻮﺍ ﻋﻦ ﺍﻟﻌﻴﻦ ﻗﻠﻨﺎ ﻳﺎ ﺭﺏ ﺍﺣﻔﻈﻬﻢ ﻭﺍﺭﻋﺎﻫﻢ

��Semoga keselamatanlah.. bagi mereka yg selalu terkenang di hati. Sekalipun mereka jauh dari pandangan, kami
akan selalu berkata, "Wahai Tuhanku..! Jagalah dan peliharalah mereka��

Dipeti Dari Grup whatsapp

Jumaat, 17 April 2015

Khusyuk Yang Hilang

Dari Dr Fuad Latip.

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya
Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yg mudah & kita fahami.

10. Diamlah sejenak sblm kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk utk hormat & memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar & berterima kasih pada Allah. Terima kasih yg dtg dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata2.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dgn benar disamping fizikal kita benar2 rehat. Tulang2 kita kembali kepada tmptnya. Darah mengalir ke otak krn kedudukan otak sama dgn jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dgn perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yg menjadikan kita & tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yg sering ingin dipuji?
Siapa kita yg sering kecewa ketika orang lain tdk memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kpd asalnya yakni tanah. Kita tdk ada apa2nya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa2nya. Kita
mengharapkan redha Allah semata2.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua & ketiga agar benar2 pujian itu dari hati kita dlm kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dgn penuh tunduk & mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dgn laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sgt memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tdk
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan &
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tdk tertahan utk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”  
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dgn baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lbh berserah kita padaNya.
****
Jika ini dpt didirikan dgn baik,
nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat & nikmatnya solat kita tdk pernah
sama sejak kita  mendirikannya dulu hga sekrg. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya2 bgmna mrk yg dekat dgn Allah
sentiasa menunggu2 waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu2...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Dipetik Dari Grup Telegram