Ahad, 2 November 2014

Kencing Malam

sedikit info kesihatan......

KENCING MALAM

Kanak-kanak sering mengalami masalah Kencing malam. Istilah perubatan Menyebutnya sebagai nocturnal enuresis.

Kajian semasa mengenainya tidak Kedapatan di negara kita. Di luar negara, kajian perubatan mendapati 10 hingga 15 Peratus kanak-kanak menghadapi masalah kencing malam. Apabila mereka meningkat kepada umur 5 tahun, 90  peratus daripadanya berjaya mengawal Kencingnya.
Bagaimanapun sekumpulan kanak- Kanak, terutama kanak-kanak lelaki, terus mengalami masalah tersebut sehingga Berusia sepuluh tahun. Biasanya pada usia  sepuluh tahun, mereka sudah dapat Mengawal pundi kencing dengan lebih  baik di sebelah malam. Sementara itu, kajian perubatan mendapati masih terdapat  sekitar 5 peratus kanak-kanak berumur sepuluh tahun ke atas berterusan  mengalami masalah kencing malam. Situasi begini menyusahkan ibu bapa suatu waktu dahulu. Mereka  menidurkan anak mereka beralaskan  plastik. Tetapi sejak ramai ibu bapa mampu  menggunakan lampin pakai buang,  masalah kencing malam tidak begitu membebankan. Tetapi masalah ini akan  berlarutan jika tidak dibendung atau  diikhtiarkan cara mengatasinya.

           Di antara sebab utama kanak-kanak  kencing malam ialah kerana mekanisma  pengawalan pundi-pundi kencingnya belum  benar-benar matang. Kadang kala tekanan  psikologi boleh menyebabkan kanak-kanak  kembali kencing malam walaupun dia  sudah mampu mengawal keadaannya. Dan  dalam kes-kes terpencil, terdapat masalah  fizikal pesakit seperti malformasi system  urinari dan spina bifida.
Sebahagian daripada cara  konvensional merawat kanak-kanak  termasuklah  menggunakan sistem loceng  bagi membangunkan kanak-kanak yang  hendak kencing. Ini hampir sama dengan  teori psikologi Pavlov yang mungkin tidak  bersesuaian dengan masyarakat kita.
Terdapat juga rawatan ubat dadah yang  tidak dapat tidak mempunyai kesan  sampingan. Umumnya apabila tidak terdapat sebarang sebab-sebab fizikal, kanak- kanak akan belajar mengawal pundi  kencingnya sebaik sahaja mereka  meningkat dewasa.

Tetapi di samping itu, sebahagian daripada cara untuk  membantu mengatasi masalah tersebut  ialah dengan mengurangkan memberi  minuman di sebelah malam dan  mengejutkan kanak-kanak yang baru tidur  selepas beberapa jam. Ibu bapa juga perlu  mempastikan kanak-kanak itu pergi ke  tandas terlebih dahulu sebelum masuk  tidur. Dari sudut rawatan homeopati,  usaha di atas boleh membantu kanak-  kanak terlibat. Pengamalnya juga  mungkin menyarankan supaya  mengelakkan daripada memakan  makanan yang boleh mengganggu  perkencingan seperti daging, makanan  berempah atau air batu. Mereka tidak  digalakkan mandi air sejuk atau tidur di  atas katil yang empuk.
           Beberapa penawar mungkin akan  dipreskripsi. Ferrum phos 12x selalunya  diberikan kalau kanak-kanak itu tidak  dapat mengawal kencingnya.. Penawar  Spigelia 6, Cina 3x atau Rhus aromatic  akan dipreskripsi jika masalah kanak-  kanak berkenaan dikaitkan dengan  kecacingan. Kalau kanak-kanak itu  sudah besar tetapi masih gagal  mengawal kencing, mungkin diberikan  Cantharis 6.
           Seperti masalah-masalah lain,  penawar homeopati yang serasi perlu  dipilih bagi memberi kesan yang paling  baik. Di antara kumpulan penawar yang  biasa dirujuk selain daripada yang  disebutkan ialah Acid phosph., Erigeron,  Belladonna, Mercurius sol., dan Nux  vomica.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan