Rabu, 25 Mac 2015

Golongan Dayus

Terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Lelaki Juga Ramai Masuk Neraka

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda.

Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus?

Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sen
diri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rabu, 11 Mac 2015

Kisah Pemuda di Dasar Laut

7Kisah Pemuda Di Dasar Laut
Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak... di sinilah tempatnya".

Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak".

Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang dikatakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda merapati kubah tersebut untuk melihat lebih dekat dan setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat naik ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah.

Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakah datangnya kamu semua dan bagaimana kamu datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat.

Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut.

Balasan Ganjaran Berbakti Kepada Ibu BapaBalasan Ganjaran Berbakti Kepada Ibu BapaBalasan Ganjaran Berbakti Kepada Ibu Bapa

Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah.

Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan
olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung, "Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun!".

Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu sama ada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya "Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu?" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku pulang ke tempat asalku". Nabi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib. -

Dari sumber grup Telegram

Isnin, 9 Mac 2015

Khutbah terakhir Rasulullah SAW

Hari Ini Dalam Sejarah Islam

Pada Hari ini 9 Mac 632M bersamaan 9 Zulhijjah 9H merupakan hari Rasulullah saw menyampaikan Khutbah Terakhir baginda yang digelar Khutbatul Wada' (Arabic: خطبة الوداع) di lembah Uranah, Gunung Arafah, semasa musim haji pada tahun tersebut.

Imam Bukhari meriwayatkan khutbah tersebut didalam kitab Sahih Bukhari dan sebahagiannya ditulis dalam kitab Sahih Muslim serta Sunan Abu Daud. Khutbah Rasulullah saw itu mengandungi seruan agar umat Islam tetap beramal dengan ajaran Islam melalui Quran dan Sunnah.

"Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."

Khamis, 5 Mac 2015

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh


40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
----------------------------------------------

01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Hantarkan pada yang lain, untuk mengingati mereka. Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :)
---------------------------

Depetik dari GROUP WHATSAPP

Lubuk Pendapatan Pasif ( kenapa toneexcel)

To view this message as a web page, click hereSalam sejahtera ikhsan , apa khabar hari ini?Dah faham serba sedikit, apakah program ToneExcel ini?Secara asasnya program ToneExcel ini adalah program menjual simkad, kalau kita berjaya jual simkad ini pada seseorang, setiap kali mereka topup, kita akan dapat duit, dan duit ini akan dibayar setiap 21hb terus kedalam akaun bank anda.Video yang ikhsan lihat sebelum ini adalah video lama pada 2010, masa tu harga simkad dalam RM80, sekarang harga simkad ToneExcel adalah RM90.Maka disini saya siapkan satu video penerangan bagaimana program ToneExcel dan macamana hanya dengan menjual simkad sahaja kita boleh dapat duit.http://www.youtube.com/watch?v=XFRxrBMg1gkAda juga akan bertanya macamana komisyen ini dibayar, sebulan berapa kali. Untuk soalan tersebut, ikhsan boleh lihat video yang saya sediakan ini.http://www.youtube.com/watch?v=JF-zHsdOwSwSemoga dengan penerangan ini, serba sedikit ikhsan boleh lihat bagaimana beratus ribu pengguna talian TuneTalk ini boleh dapat duit setiap bulan melalui program ToneExcel ini. Setakat ini ada yang dapat, puluh2 ringgit sahaja, itu pun ok. Siapa nak bagi duit macam tu setiap bulan, sedangkan dulu setiap bulan kita habis duit. Ada juga yang dapat ratus2 ringgit setiap bulan, ada yang dapat ribu2, ada yang dapat puluh2 ribu, ada beberapa orang yang dapat ratus2 ribu setiap bulan. Saya rasa, tak lama lagi kita akan dengar sesuatu yang tak masuk akal, pengguna ToneExcel, dengan bermodalkan RM90, dapat duit sampingan sehingga berjuta ringgit tiap2 bulan. Tak masuk akal kan? Tetapi ikhsan tak perlu percaya cerita saya ini, elok siasat sendiri dulu.Hari ini, sekarang ini, walau berapa sekali pun yang saya dapat tiap2 bulan, ia tetap dan sentiasa menjadi satu pengalaman baru yang menggembirakan, kerana dulu saya pakai handphone habis duit, sekarang saya dapat duit, walau pun setiap bulan saya hanya dapat ratus-ratus ringgit sahaja, sapa nak bagi. Simkad dulu pernah bagi duit?OK, terima kasih dari saya, panjang pulak celoteh saya kali ini, mari kita sambung "Kisah Mazelan Abas" dibawah ini.Terima Kasih.Daripada Rakan/Penaja Anda: Abg Chob Master TrainerTel: 0174769953IDP: 184255Email: malaysianaire@gmail.com******************************************************************************************************************************************"Kisah Mazelan Abas": Kenapa saya buat bisnes Tone Excel ini.Nama saya Mazelan Abas, disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai program Tone Excel ini. Semoga ada panduan yang boleh diambil. Jika dalam masa 4 tahun saya boleh dapat pendapatan lebih setengah juta ringgit TIAP-TIAP BULAN, saya doakan yang ang chob dapat sama seperti saya atau dapat lebih lagi daripada saya. Amin.******************************************************************************************************************************************Nama saya Mazelan Abas, disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai program Tone Excel ini.Ada beberapa sebab saya mengapa saya buat bisnes ToneExcel ini.1. Pertama, kerana produknya ada simkad atau handphone. Memang barang keperluan saya. Kalau saya tak pakai simkad toneexcel ini pun saya tetap pakai handphone, saya tetap bayar bil, saya tetap beli topup. Malahan semua ahli keluarga saya pakai handphone. Daripada habis duit bayar duit phone, baik saya dapat duit sampingan, biar pun sikit, dapat juga.2. Saya tak perlu keluar modal yang banyak, tak perlu jual topup, hanya modal permulaan untuk beli simkad bagi saya dan ahli keluarga saya sahaja.3. Produk ini digunakan oleh ramai orang, semua orang pakai handphone, semua orang adalah bakal pelanggan saya, market amat-amat luas. Boleh katakan satu Malaysia adalah bakal pelanggan saya.4. Ia boleh dibuat secara sampingan. Tak ganggu kerja yang sudah sedia ada.5. Produk ini mudah, tak perlu nak talipon pelanggan, bulan ni tak beli barang ke? tak mungkin kita nak tanya, bulan ni tak topup ke? Pelanggan boleh topup kat mana2 sekali pun, dan saya dirumah boleh dapat duit.6. Saya dapat tahu, jika saya buat bisnes ToneExcel ini, jika saya dah ada network yang besar, jika setiap bulan saya dapat komisyen, jika saya meninggal dunia, kesemua komisyen tersebut akan dipindahkan kepada isteri saya, isteri saya meninggal, ia boleh diwariskan kepada anak saya, jika anak saya meninggal, ia akan diwariskan kepada cucu saya, jika cucu saya meninggal, ia akan diwariskan kepada cicit saya. Ya Tuhan, apa yang saya buat hari ini, adalah untuk memastikan kesenangan untuk saya dan tujuh keturunan saya. Saya akan jadikan tarikh 27.7.2010 adalah tarikh keramat saya mengubah keadaan, generasi Mazelan Abas hingga ke cucu cicitnya. Sekurang2nya saya melakukan sesuatu yang besar untuk membantu, diri saya, keluarga, anak, cucu dan cicit. Saya buat sesuatu dimana saya berusaha untuk tidak membiarkan anak cucu saya merempat dan mengemis dikemudian hari. Amin.Kesimpulannya, saya dah nampak ini adalah peluang terbesar, sekali datang dalam hidup saya, untuk saya mengubah sepenuhnya hidup saya ke arah satu dimensi yang lain. Itulah apa yang saya nampak.Sampai jumpa lagi.Daripada.Mazelan Abas.*********************************************M U T I A R A   K A T A   H A R I  I N I*********************************************"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."***************************T E R I M A   K A S I H***************************This message was sent to you at iancruzeiro@live.comregarding: Handphone Kini Jadi Sumber Pendapatanku..Email Marketing By:Message Sender Info: Lubuk Pendapatan Pasif ( malaysianaire@gmail.com )Mhd Yusof Abd Ghoni | A35, Jalan Bukit Bayu A1, Bukit Bayu Bungalow Village | Sungai Petani, Kedah | 08000 | Malaysia Manage Your Subscription  Instant Removal

Lubuk Pendapatan Pasif ( sentiasa Tingkatkan Ilmu mengenai bisnes ToneExcel)

To view this message as a web page, click here ********************************************************************************"Kisah Mazelan Abas": Nama saya Mazelan Abas, disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai program Tone Excel ini. Semoga ada panduan yang boleh diambil. Jika dalam masa 4 tahun saya boleh dapat pendapatan lebih setengah juta ringgit TIAP-TIAP BULAN, saya doakan yang ikhsan dapat sama seperti saya atau dapat lebih lagi daripada saya. Amin.****************************************************************************** Salam sejahtera rakan2 semua. Diperingkat awal saya buat bisnes ini, sukar untuk saya mendapatkan maklumat terperinci, kerana tiada maklumat terperinci sekali pun. Kadang2 bila call HQ, staff yang ada dulu pun baru, mereka sendiri pening2 lalat. Jadi, saya hanya teruskan dengan apa jua maklumat yang ada, dan kebanyakan bila mereka tanya, saya jawab tahu tahu aje, tapi saya tahu macamana ia boleh menjana pendapatan sampingan. Cuma sekarang, apa sahaja ilmu yang rakan2 mahu semua sudah ada diinternet terhidang, dalam buku pun ada. Kalau tak tahu, mudah sahaja nak cari jawapan, cuma zaman kami dulu, susah banget. Tanya semua orang, semua tak tahu. Disini ada beberapa website yang saya minta anda lawati, jika ada kelapangan, baca sebagai bahan bacaan sampingan, saya pasti ia akan menigkatkan kefahaman kita tentang bisnes ini. 1. Pertama.Luangkan masa untuk baca website ini www.toneexcel.bizTerutama dibahagian "soal jawab" dan bahagian "video". 2. Kedua.Join beberapa group facebook dibawah ini, kalau anda klik dia tak keluar, anda copy sahaja link ini dan pastekan di internet dan enter.a.  www.facebook.com/groups/soaljawabtoneexcel/ b.  www.facebook.com/groups/788106084551277/ c.  www.facebook.com/groups/653245058097494/ d.  www.facebook.com/groups/promositoneexel/ 3. Anda juga beli buku rujukan untuk bacaan atau simpanan anda, dan juga buku ini boleh juga dijadikan alat promosi anda.www.toneexcel.biz/barangan.php 4. Anda juga boleh dapatkan vcd untuk promosi. VCD ini amat berkesan untuk anda promosikan bisnes ini kepada orang lain. Kalau malas nak promote dengan cara bercakap banyak, hanya dengan kumpulkan rakan2 atau ahli keluarga, pasangkan VCD  promosi ini, bukakan volume kuat2 dan tinggalkan sahaja, habis sahaja video tersebut, biasanya ramai yang nak join.www.toneexcel.biz/barangan.php 5. Lagi satu kalau nak mendalamkan ilmu sesekali ikhsan boleh pergi kemana-mana branch yang berhampiran yang ada membuat preview setiap minggu. Contohnya kalau di HQ mereka buat seminggu 2 kali, malam rabu malam khamis jam 8.30 malam dan hari ahad jam 2.00 petang. Disini ada alamat HQ:www.tonegroup.net:8080/toneexcel/customer-care.php atau ikhsan boleh cuba hubungi branch2 yang ada disini, tanya mereka, bila mereka buat busines preview dan anda sesekali pergi kesana dan dengar penerangan mereka.www.tonegroup.net:8080/toneexcel/branch-office.php Tambahan tempat yang ada preview setiap minggu.Di Semenyih Selangor - Hubungi Sazali 010-7971850Di Bandar Baru Bangi Selangor - Hubungi Zamri Nanyan 013-4010039Di Bahau Negeri Sembilan - Hubungi Usop Bahau - 010-547 5388Di Johor Baharu - Hubungi Zamri 0111-5318 312 atau pun anda boleh hubungi HQ 010-5000 969 dan tanya mereka dimana ada preview yang berhampiran ditempat anda. Saya harap cara ini dapat membantu anda meningkatkan kefahaman dan mengambangkan network anda ketahap maksima. Sampai jumpa lagi.Daripada.Mazelan Abas. (MA) *****************************************M U T I A R A   K A T A   H A R I  I N I***************************************** "Dengan meningkatnya ilmu, keyakinan juga akan meningkat, pasti ia akan memberi kesan besar dalam kesemua bidang hidup, termasuk bisnes anda"  ************************************T E R I M A   K A S I H********************************** Salam sejahtera ikhsan, semoga riang selalu disamping keluarga tercinta. Anda sudah baca website yang MA cadangkan diatas?Anda sudah join group2 yang dicadangkan? Pastikan apa yang dicadangkan dalam sistem MA ini, anda lakukan kesemuanya. Saya pasti, kalau kita ikut cadangan yang diberikan, mudah2an kita akan sampai ketempat dimana MA sampai. Jangan lawan, ikut saja. Diperingkat awal ini saya cadangkan jika ikhsan menghadapi apa jua masalah, call terus saya, saya akan bantu mana yang boleh. Jangan lupa untuk print kisah di atas, atau sambil sedikit catatan, nanti takut lupa. Terima Kasih.Daripada Rakan/Penaja Anda: Abg Chob Master TrainerTel: 017-4769953IDP: 184255This message was sent to you at iancruzeiro@live.comregarding: Handphone Kini Jadi Sumber Pendapatanku..Email Marketing By:Message Sender Info: Lubuk Pendapatan Pasif ( malaysianaire@gmail.com )Mhd Yusof Abd Ghoni | A35, Jalan Bukit Bayu A1, Bukit Bayu Bungalow Village | Sungai Petani, Kedah | 08000 | Malaysia Manage Your Subscription  Instant Removal

Sontotan Terbaru tanggal 5hb Mac 2015

[3:35pm, 3/5/2015] ‪+60 19-466 3733‬: Assalam semua...Ana minta maaf disebabkan ana semua yg terlibat mendapat kesusahan...Semoga Allah ampunkan ana dan semua staff alhidani...Inshaallah kami akan tetap laksanakan amanah ini sampai selesai...
[3:35pm, 3/5/2015] ‪+60 19-466 3733‬: Notis Dalaman untuk pelanggan2 eta 12 cycle

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Notis ini dikeluarkan untuk memaklumkan perkembangan terkini tentang program eta 12 cycle.

Untuk makluman semua , dukacita dimaklumkan bahawa program ini tidak dapat diteruskan dan terpaksa diberhentikan serta merta berikutan situasi syarikat yang tidak lagi menjalankan program eta berikutan keadaan semasa yang tidak mengizinkan. Selain itu, keadaan semasa syarikat yang mengalami defisit kerugian dan dalam proses pemulihan juga antara faktor program ini tidak dapat diteruskan.

Dengan itu, syarikat akan memulakan proses pemulangan modal dan keuntungan yang telah dikumpul sehingga kini dengan keuntungan  telah mencapai sehingga 60% utk setiap modal yang dimulakan. Alhamdulillah dan terima kasih atas sokongan semua dalam menjayakan program ini.

Proses pemulangan modal dan keuntungan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula bulan May dan sehingga selesai. Peringkat pertama adalah pemulangan modal dan akan disambung dengan pembahagian keuntungan setelah semua pemulangan modal selesai.

Proses pemulangan secara berperingkat dilakukan demi memastikan keseluruhan modal dan keuntungan dapat diterima oleh semua pihak berikutan kedudukan syarikat yang sedang dalam proses pemulihan.

Jadual pemulangan secara berperingkat akan dikeluarkan dan target untuk setiap bulan adalah minimum 200g dan maksimum bergantung kepada kedudukan proses pemulihan yang sedang berlangsung. Syarikat bersetuju pemulangan dlm bentuk wang akan diberikan dengan kadar rm135/g.

Mohon kerjasama untuk terus memberi sokongan kepada proses pemulangan modal dan keuntungan ini. Dan mohon maaf di atas kelemahan dan kekurangan yg berlaku ini..Sekian
[3:36pm, 3/5/2015] ‪+60 19-466 3733‬: Assalamualaikum.
Program yg akan dijalankan ini tiada paksaan utk setiap anda. Jadi saya hanya
sebagai wakil/amanah anda untuk menjalankannya sahaja.
Syarat2 penyertaan:
1)Setiap org berhak untuk keluar dari program bila2 masa dan haruslah beritahu sebulan awal sebelum cycle seterusnya. Kemasukan semula tidak dibenarkan. Pembayaran adalah mengikut prorate pada bulan tersebut.
2)Calculation bergantung kepada buyback dan eta30 dari syarikat serta keupayaan syarikat untuk menjalankannya.
3)Program berjalan selagi eta ada.
4)Risiko sedia ada masing2 kena memahami dan sebarang kemungkinan yang berlaku keatas jual beli ini adalah tanggungjawab kita bersama.
3)Segala perubahan akan diberitahu oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa.
4)Sila buat akad wakil tuan2/puan2 kepada saya utk menjalankan jual beli ini. Saya siti norhaliza mewakilkan sahruddin utk menjalankan jual beli seperti yang dipersetujui.
5)Jika ada kemusykilan sila pm saya.