Khamis, 5 Mac 2015

Sontotan Terbaru tanggal 5hb Mac 2015

[3:35pm, 3/5/2015] ‪+60 19-466 3733‬: Assalam semua...Ana minta maaf disebabkan ana semua yg terlibat mendapat kesusahan...Semoga Allah ampunkan ana dan semua staff alhidani...Inshaallah kami akan tetap laksanakan amanah ini sampai selesai...
[3:35pm, 3/5/2015] ‪+60 19-466 3733‬: Notis Dalaman untuk pelanggan2 eta 12 cycle

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Notis ini dikeluarkan untuk memaklumkan perkembangan terkini tentang program eta 12 cycle.

Untuk makluman semua , dukacita dimaklumkan bahawa program ini tidak dapat diteruskan dan terpaksa diberhentikan serta merta berikutan situasi syarikat yang tidak lagi menjalankan program eta berikutan keadaan semasa yang tidak mengizinkan. Selain itu, keadaan semasa syarikat yang mengalami defisit kerugian dan dalam proses pemulihan juga antara faktor program ini tidak dapat diteruskan.

Dengan itu, syarikat akan memulakan proses pemulangan modal dan keuntungan yang telah dikumpul sehingga kini dengan keuntungan  telah mencapai sehingga 60% utk setiap modal yang dimulakan. Alhamdulillah dan terima kasih atas sokongan semua dalam menjayakan program ini.

Proses pemulangan modal dan keuntungan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula bulan May dan sehingga selesai. Peringkat pertama adalah pemulangan modal dan akan disambung dengan pembahagian keuntungan setelah semua pemulangan modal selesai.

Proses pemulangan secara berperingkat dilakukan demi memastikan keseluruhan modal dan keuntungan dapat diterima oleh semua pihak berikutan kedudukan syarikat yang sedang dalam proses pemulihan.

Jadual pemulangan secara berperingkat akan dikeluarkan dan target untuk setiap bulan adalah minimum 200g dan maksimum bergantung kepada kedudukan proses pemulihan yang sedang berlangsung. Syarikat bersetuju pemulangan dlm bentuk wang akan diberikan dengan kadar rm135/g.

Mohon kerjasama untuk terus memberi sokongan kepada proses pemulangan modal dan keuntungan ini. Dan mohon maaf di atas kelemahan dan kekurangan yg berlaku ini..Sekian
[3:36pm, 3/5/2015] ‪+60 19-466 3733‬: Assalamualaikum.
Program yg akan dijalankan ini tiada paksaan utk setiap anda. Jadi saya hanya
sebagai wakil/amanah anda untuk menjalankannya sahaja.
Syarat2 penyertaan:
1)Setiap org berhak untuk keluar dari program bila2 masa dan haruslah beritahu sebulan awal sebelum cycle seterusnya. Kemasukan semula tidak dibenarkan. Pembayaran adalah mengikut prorate pada bulan tersebut.
2)Calculation bergantung kepada buyback dan eta30 dari syarikat serta keupayaan syarikat untuk menjalankannya.
3)Program berjalan selagi eta ada.
4)Risiko sedia ada masing2 kena memahami dan sebarang kemungkinan yang berlaku keatas jual beli ini adalah tanggungjawab kita bersama.
3)Segala perubahan akan diberitahu oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa.
4)Sila buat akad wakil tuan2/puan2 kepada saya utk menjalankan jual beli ini. Saya siti norhaliza mewakilkan sahruddin utk menjalankan jual beli seperti yang dipersetujui.
5)Jika ada kemusykilan sila pm saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan